Mengenai Saya

Foto saya
Pangandaran, West Java, Indonesia
Simple

Kamis, 10 Mei 2012

Lazatkah Maksiat?

Kehidupan seharian kita tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam maksiat atau taat.
Apabila Rasullulah s.a.w menyebut "[I]halawah-al-iman[/I]" (kemanisan iman), fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Membaca Al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya, semua itu manis.
Namun, kenapa sukar benar merasai kemanisan ini?
Mungkin kerana hati kita sedang berlazat-lazat dengan maksiat hinggakan maksiat itu terasa manis. Maka, hilanglah lazat dalam ketaatan. Bahkan ketaatan terasa tawar dan pahit. Taat dan maksiat takkan bertemu dalam situasi hati yang sama.
Persoalannya, lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat? Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya.
Tika itu, masih lazatkah jiwa? Mari kita telusuri beberapa akibat maksiat.
01.Tidak Memberi Cahaya dalam Hidup
Usia remaja seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh.  Seterusnya proses menuntut ilmu itu berterusan sehingga ke liang lahad.
Namun, jika hidup disibukkan dengan maksiat, masih adakah ruang untuk ilmu melekat?
Mungkin ada yang keliru, "Kenapa ada kawan saya ni, Nampak enjoy je selalu, tapi bila peperiksaan dapat cemerlang juga?"
Banyak tafsiran yang boleh dibuat daripada situasi ini.
Remaja itu mungkin tidak nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat.
Walaubagaimanapun, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan dia bergelumang maksiat, ilmu itu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia ataupun akhirat.
Kalau begitu pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnya ketika itu sahaja. Sikap itu tidak akan menjamin kejayaannya pada masa-masa akan datang.
Sijil yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akan ke mana-mana.
Jadi kenapa remaja harus memilih untuk meniru maksiatnya? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat? Sah, kena tipu dek syaitan!
Imam al-Syafi' pernah mengadu kepada gurunya Waki' mengenai hafalannya yang terjejas. Waki' lantas menasihatkannya, "Tinggalkan maksiat."
02.Disempitkan Hidup
Sama ada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit.
Wahai remaja, adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandal seksnya terbongkar itu tenang hidupnya?
Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya?
Adakah artis terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan itu tenang hidupnya?
Tidak! Tidak! Jiwa mereka akan jatuh miskin kerana maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian hati.
Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat.
Bukan sahaja Allah akan menghukum, malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh  jiwanya apabila ditikam perasaan terasing.
Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan rakan baik mula menjauhkan diri darinya. Dia tentu bertambah sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaiannya dengan maksiat baru pula.
Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya seseorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya."
Jelas ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.
03.Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan Mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermanfaat.
Ahli maksiat, biarpun badannya kuat tetapi hatinya lemah dan sentiasa gelisah. Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tamadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lengkap namun dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang lebih kuat hatinya.
Abdulah bin Abbas berkata: ''Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya'' .
Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal.
"Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini" (surah al-Fajr 89:24).
Sama-sama kita muhasabah semula diri kita. Lihat sejauh mana kemaksiatan dalam diri yang masih menghalang dari kita untuk mendapat keberkatan dalam diri. Wallahua'lam.
 
 

Dua Tahun Susu Ibu

"Waktu menyusukan anaklah waktu paling bahagia," Kak Afzan luahkan. Wajah bahagia seorang ibu muda jelas terpapar.
"Itulah saat bersama anak tanpa gangguan siapa pun," Kak Afzan menambah lagi.
Saya turut tersenyum mendengarkannya. Aura bahagia  seorang ibu turut dirasa. Pelbagai topik kami bualkan. Sedikit pon tiada  gangguan. Suasana dalam kapal terbang sunyi. Kebanyakan penumpang masih  tidur nyenyak kepenatan.
Tiba Empat Jam Lebih Awal
Puas saya mengheret keempat-empat beg mencari penimbang  di Lapangan Terbang Stansted. Semuanya gara-gara troli di lapangan  terbang yang satu ini perlu dimasukkan duit satu pound!
Kesemua duit  pound sudah saya habiskan. Sudahlah. Redah sahaja. Alhamdulillah tempat  bas diberhentikan ke kawasan utama tidaklah sejauh mana. Alhamdulillah  masih mampu dan berdaya.
Selepas hampir membuat satu pusingan lengkap tawaf  lapangan terbang, saya gagal menemui penimbang beg. Lalu ke meja  pertanyaan. Selepas mendapat panduan, segera menuju ke tempat yang  dimaksudkan.
Cis, menimbang beg pon perlu bayar? Sungguh Lapangan  Terbang Stansted ini tidak percuma. Dari troli hinggalah ke penimbang  beg. Bayangkan, untuk menimbang empat beg, 5 pound perlu saya  belanjakan. Sudahlah.
Resah tapi buat-buat tenang. Kepala ligat berfikir. Macam  mana ini, harus ditimbang dahulu beg. Sekalipun sudah ditimbang  di rumah. Mungkin ada ralat. Penerbangan tambang murah tidak  sewenang-wenangnya membiarkan penumpang membawa lebihan muatan sesuka  hati. Keempat-empat beg terus diheret. Akhirnya, saya duduk diam sahaja  di kerusi menunggu berhadapan kaunter Air Asia. Dalam hati, tanpa henti.  "Ya Allah, permudahkanlah".
Tanpa di sangka-sangka, mata tertumpu pada satu kaunter  tanpa penjaga. Menarik! Kaunter terbuka, tapi tiada penjaga. Penimbang  percuma! Setiap kaunter disediakan satu penimbang. Beg yang didaftarkan  sebagaikan [I]Check-In Luggage[/I] perlu ditimbang dahulu dikaunter  sebelum dibawa pergi. Alhamdulillah. Rezeki. Dua beg pertama diheret  lalu ditimbang. Tidak lebih dari muatan maksimum 25kg yang dibayar dibenarkan. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan.
Dua Belas Jam Perjalanan
Selepas seketika, muka Melayu kelihatan. Sebuah keluarga muda. Seorang isteri dan suami, serta dua orang anak lelaki.
"Balik Malaysia?" spontan saya bertanya. Mungkin akibat kebosanan menunggu.
"Aah, balik buat visa sebagai pelajar," si isteri  menjawab mesra. Itulah saat pertemuan bersama Kak Afzan sekeluarga.  Pertemuan yang mengisi 12 jam seterusnya di atas kapal terbang.  Penerbangan pertama 12 jam tanpa movie percuma.
Jam-jam pertama diisi dengan tidur. Masakan tidak, flight yang berlepas pada jam 1.25 pagi sudah cukup memenatkan. Sejurus take-off,   masing-masing nyenyak tidur. Setidak-tidaknya saya. Lena sekali.  Tetapi saya sedar, Kak Afzan disebelah tidak selena saya. Seorang ibu  yang menyusukan anak sepenuhnya. Setiap 2 jam pasti terjaga. Selepas  beberapa jam tidur tanpa sedar, akhirnya saya terjaga. Kak Afzan turut  terjaga. Waktu biasa untuk solat subuh. Fitrah, badan terbangun dengan  sendirinya.
 Jelas kelihatan, Kak Afzan kepenatan. Imran, anak kedua  yang baru berusia 10 bulan sudah cergas selepas bangun tidur.
Melihatkan si ibu  yang masih mengantuk kepenatan  lantaran mengorbankan kualiti tidurnya menyusukan anak, tanpa berfikir  panjang saya menawarkan untuk menjaga Imran. Andai duduk di kerusi  melayan kerenahnya, pasti tidak menjadi. Saya meminta izin membawa Imran   tawaf kapal terbang. Memberi peluang pada si ibu tidur selena-lenanya  walaupun seketika. Kak Afzan turutkan sahaja.
Imran si kecil yang cukup comel lagi sihat badannya tidak  banyak kerenah. Sepanjang mendukung Imran melihat pelbagai aksi para  penumpang serta pramugari, sekali pun dia tidak menangis. Budak baik.  Alhamdulillah. Jika tidak, panik juga. Sesekali saya lihat Kak Afzan  dari jauh. Andai dia sudah terjaga dan mencari-cari anaknya.
Muka Imran makin monyok. Bosan barangkali. Suasana kapal  terbang yang gelap lagi sunyi. Kebanyakkan penumpang masih tidur lena.  Sesekali terdapat pergerakan manusia yang menarik perhatiannya. Selepas  hampir satu jam setengah, Kak Afzan terjaga. Reaksi pertama seorang ibu,  tercari-cari dimanakah anaknya. Saya tidak menipu. Reaksi ini jelas  walaupun saya hanya melihat dari belakang. Cepat-cepat saya bawakan  Imran kepada ibunya. Tambahan pula, muka Imran sudah monyok kebosanan.  Andai ditangguh, takut mengundang bencana!
Imran seronok kembali ke pangkuan ibunya. Fuh, memang lenguh. Lenguh tangan mendukung. Jangan banyak merungut. [I]Practice makes perfect[/I].
"Walaupun tidur sekejap, tapi rasa sangat [I]fresh[/I]," Kak Afzan berkongsi rasa.
Alhamdulillah.
Perbualan Bermula
"Akak menyusukan anak-anak sepenuhnya?" saya bertanya  penuh minat. Tidak sekalipun saya lihat Kak Afzan mengeluarkan botol  susu dari beg galasnya.
"Aah, kedua-dua anak akak susukan sepenuhnya. Bermula dengan Farish, kini Imran pula," Kak Afzan menjawab.
Wah menarik!
"Lebih mudah. Tak perlu membancuh susu," ujarnya lagi sambil tersenyum.
Topik susu ibu terus dibualkan. Inilah masanya untuk saya  menguji ingatan. Bertanyakan kembali maklumat-maklumat yang sempat saya  pahat dalam kotak memori semasa kelas breastfeeding yang dikendalikan  oleh Kak Rin beberapa minggu yang lalu.
 Minggu-minggu semasa masih di  bumi Nottingham.
Kelas Breasfeeding
Muka masing-masing serius. Masing-masing terlopong  walaupun tidak secara fizikal. Ilmu baru. Pengalaman baru. Walaupun  belum mempunyai anak hatta belum berumahtangga, kami berlima tidak  melepaskan peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Belajar untuk masa  depan. Setidak-tidaknya berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Khusyuk  mendengarkan pembentangan Kak Rin. Diselang-selikan dengan pertanyaan  demi pertanyaan daripada kami berlima.
"Kita buat kelaslah minggu depan. Alang-alang Kak Rin dah  nak balik Malaysia juga," Kak Rin memberikan cadangan semasa  makan-makan di rumah Kak Fida sempena kepulangnya tidak lama lagi.
"Baguslah, you all muda-muda sudah dapat pendedahan. Dapat ilmu. InsyaAllah mudah di kemudian hari. Tidak macam Kak Rin dulu. That is why akak nak dengan kamu sekarang," Kak Rin menambah lagi.
Terharu dengan semangat yang Kak Rin tunjukkan. Seorang ibu yang bekerja sepenuh masa bersama Petronas, dalam masa yang sama  part-time breastfeeding motivator di Ampang Puteri, kini berkongsi ilmu serta pengalamannya secara percuma kepada adik-adik undergraduate di Nottingham. Alhamdulillah, Allah sempatkan serta aturkan walaupun disaat-saat minggu terakhir saya di sana.
"Untuk menyusukan anak sepenuhnya, tiga perkara yang paling penting.  Pertama, sokongan daripada keluarga. Terutama sekali suami. Diikuti ibu  sendiri mahupun ibu mertua yang menjaga semasa berpantang misalnya.  Kedua, penting untuk mempunyai [B]ilmu[/B]. Ketiga,  kamu perlu kuat semangat,"  serius Kak Rin ingatkan kami.
Memang bukan kerja mudah. Mudah sahaja putus asa. Cabaran lebih hebat buat wanita bekerja di luar rumah seperti dirinya.
"Sebelum bersalin lagi kamu perlu sudah mempersiapkan  mental untuk menyusukan anak yang bakal lahir sepenuhnya," Kak Rin  menceritakan satu persatu mengikut turutan sebelum bersalin, semasa  bersalin, selepas bersalin dan semasa si ibu bekerja di luar rumah  kelak.
"Mula membaca dan tambah ilmu tentang breastfeeding," Kak Rin menambah lagi.
"Sejurus selepas bersalin, anak-anak perlu terus disusukan. Semasa itulah colostrum atau dikenali sebagai Immune Milk dapat disalurkan kepada bayi baru lahir," penceritaan beralih pula kepada fasa semasa bersalin.
"Semasa anak yang pertama, pengalaman menyusukan anak  cukup menyakitkan. Mungkin kerana teknik yang salah. Mungkin juga kerana  itu adalah yang pertama kali. Breast membengkak lagi menyakitkan.  Kadangkala sehingfa berdarah," berkerut-kerut muka kami mendengarkannya.  Biar benar?
"Saat itulah TLC amat diperlukan. Support daripada suami.  Juga ada cara untuk mengubatinya dengan menggunakan krim sapu. Penting  untuk kita tidak patah semangat. Andai kita berputus asa lalu  menggantikan susu badan dengan susu botol lantaran kesakitan. Alamatnya,  si bayi tidak lagi berminat pada susu badan. Beralih kepada susu botol  yang lebih banyak mengandungi kandungan gula tiruan," panjang lebar ibu  yang sudah mempunyai empat orang cahaya mata ini menerangkan.
"TLC tu apa?" sahabat disebelah mengangkat tangan  bertanya. Saya juga tidak tahu apa kebendanya TLC itu. Syukur orang  disebelah bertanya dahulu. Hehe.
"Tender, love and care. Memang amat diperlukan  semasa kita down akibat perubahan hormon serta menanggung kesakitan  pertama kali menyusukan anak. Apabila sudah beberapa bulan seterusnya,  insyaAllah tidak lagi sakit," pernyataan Kak Rin melegakan kami.
"Apabila sudah bekerja kelak, ketika itulah kamu memerlukan breastpump,"  Kak Rin menunjukkan segala macam alatan kepada kami. Susu badan perlu  di pump untuk diberikan kepada anak semasa ibu bekerja berjauhan dengan  anak.
Masa terbaik untuk pump susu adalah semasa menyusukan  anak. Sebelah untuk menyusukan anak, sebelah lagi dipump. Maklumat ini  turut disahkan oleh Kak Afzan semasa perbualan di atas kapal terbang.
MasyaAllah!
Kebijasaan Allah Yang Maha Mencipta
"Setiap berapa jam ibu akan menyusukan anaknya?" giliran saya bertanya kepada Kak Rin.
"Setiap anak berbeza-beza. Tetapi secara kebiasaanya,  anak perlu disusukan setiap dua jam. Menariknya, si ibu akan dapat  mengenal pasti apabila tiba saatnya untuk si anak menyusu. Walaupun  ketika itu si ibu sedang bekerja di luar rumah," Kak Rin menjawab.
"Breast akan terasa kembung dan seolah berdenyut-denyut  ketika masanya tiba. Ketika itulah cepat-cepat si ibu perlu mendapatkan  anak lalu disusukan sekalipun si anak masih sedang tidur. Andai ibu  sedang bekerja di luar rumah, jangan menangguh-nangguh. Cepat-cepat pump  susu tersebut. Andai tidak pump, mendatangkan sakit pula," Kak Rin  menambah lagi.
MasyaAllah, hebatnya ciptaan Allah! Sudahlah Allah  menciptakan susu ibu itu terbaik kandungan khasiatnya buat anak. Masa  menyusu turut Allah aturkan begitu cantik sekali.
"Setiap dua jam? Pasti penat kan kak?" saya bertanya mendapatkan kepastian.
"Ya, setiap dua jam. Bayi lelaki lebih hebat, kadangkala  menyusu hampir selama satu jam bagi setiap dua jam. Tapi selalunya,  bayi akan menyusu selama 15 minit ke 30 minit untuk setiap kali. Penat?  Sebab itulah kamu perlu tahu teknik merehatkan diri semasa menyusukan  bayi," ujar Kak Rin. Diikuti sesi menunjukkan teknik menyusukan bayi  dalam 3 posisi, ketika duduk diatas kerusi, duduk di atas tilam serta  semasa baring.
Teknik perlu betul untuk menyusukan bayi baru lahir.  Silap cara, bayi boleh meninggal dunia akibat kelemasan tidak dapat  bernafas kerana hidungnya tertutup. Pernah terjadi apabila si ibu  terlena semasa menyusukan anaknya.
"Andai caranya betul, kamu akan dapat berehat sambil  menyusukan anak. Mengelakkan sakit belakang. Bahkan itulah saat yang  bahagia. Mengeratkan hubungan dengan anak-anak," Kak Rin pandai bermain  psikologi.
Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Tiada  siapa dapat nafikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Bahkan, selama  enam bulan pertama, bayi hanya diberikan susu ibu tanpa makanan lain.  Jimat belanja. Tidak perlu beli susu tepung pula. MasyaAllah.
Tidak perlu juga berjaga malam untuk membancuhkan susu.  Andai berjalan kemana-mana, juga tidak perlu bersusah-susah membancuh  susu. Jauh lebih melecehkan berbanding menyusukan badan yang hanya perlu  mencari tempat yang sesuai semasa menyusukan.
"Jangan bimbang susu tidak cukup. There is no such thing!" Kak Rin menegaskan.
"Susu badan itu sentiasa cukup. Susu badan akan sentiasa  ada berdasarkan keperluan. Berdasarkan demand. Selagi kita menyusukan  anak, selagi itu susu akan terus-terusan dihasilkan," Kak Rin  menjelaskan.
Hebat sungguh Allah.
"Cumanya, susu jadi kering, apabila si ibu berhenti  daripada menyusukan bayi. Andai si ibu sendiri yang tidak susukan, maka  susu tidak akan dihasilkanlah," ujarnya lagi.
"Sekalipun anda merupakan suri rumah, anda tetap  memerlukan [I]breastpump[/I]. Susu yang siap di pump perlu dimasukkan ke dalam  botol. Pastikan, setiap hari si ayah akan memberikan susu ibu dalam  botol kepada bayi.  Ketika itulah si ayah dapat membina hubungan dengan  bayi," Kak Rin mencadangkan.
Bijak!
"Cumanya, ketika memberikan susu ibu dalam botol kepada  bayi, elakkan si ibu yang memberikannya. Bimbang wujud kekeliruan. Bayi  akan keliru antara puting botol serta puting ibu," fakta yang luar biasa  dikongsi lagi oleh Kak Rin.
"Sekalipun si ayah yang menyusukan bayi dari botol, si  ibu perlu duduk jauh-jauh kerana mereka dapat menghidu bau ibu," Kak Rin  menambah fakta luar biasa.
MasyaAllah, sungguh hebat ikatan seorang anak dan seorang ibu. Sehingga ke tahap itu. Luar biasa.
Kelas berlansung selama satu jam setengah itu akhirnya  berakhir. Namun, perjalanan buat kami berlima masih belum bermula secara  peribadi. Tapi sudah bermula dengan dikongsikan bersama. Salah satunya  melalui tulisan ini.
Tiba 25 Minit Lebih Awal
Penerbangan kali ini akan tiba 25 minit lebih awal.  Selain topik susu ibu, bermacam-macam topik yang sempat kami bualkan.  Ternyata Kak Afzan cukup mudah didekati lagi mesra. Seorang ibu yang  pernah bekerja bersama Petronas, kemudian beralih arah membuat multi  level marketing (MLM) dan kini bahagia serta gembira dengan apa yang  sedang beliau usahakan; dalam proses menyudahkan PHD untuk terus  mengajar di UPSI apabila tamat nanti. Tanjung Malim cukup sempurna buat  dirinya yang ingin jauh dari kesesakan kota insyaAllah.
Penerbangan selama 12 jam tanpa movie percuma lebih bahagia kali ini. Lebih bermakna. Penerbangan 12 jam yang terakhir buat setakat ini.
Saat-saat terakhir di atas kapal terbang bertemankan Kak  Afzan diselang-selikan sesi mendengar luahan rasa serta berkongsi cerita.  Sempat sahaja saya berkongsi cerita buku di tangan, tulisan Andrea  Hirata. Lalu filem Laskar Pelangi amat saya syorkan buat Kak Afzan mesti  tonton. Ternyata, bakal pendidik ini [I]excited[/I] untuk menontonnya.  Mendengar sinopsis lebih kurang daripada saya sudah menitiskan air  matanya. Tunggulah sehingga beliau menonton filemnya sendiri. Ceritakan  pada saya pengalamannya.
Ternyata Kak Afzan turut berminat untuk mendalami ilmu  rumah tangga. Ilmu menjadi isteri serta ibu. Tanpa berfikir panjang,  buku-buku terbaru Ustaz Zaharuddin khusus buat wanita serta wanita  bekerja di luar rumah turut saya kongsikan. Juga blog isteri ustaz yang  sarat dengan panduan buat para isteri serta ibu. Buku-buku motivasi  kekeluargaan Ustaz Hasrizal serta Ustaz Pahrol juga saya catatkan dalam  bukunya. Penuh satu muka A5 dimuatkan dengan judul buku serta alamat  blog selain alamat Facebook serta ID Yahoo Messenger untuk meneruskan  hubungan kelak.
Biarpun saya masih belum berumahtangga, redah sahaja. Inilah masanya untuk berkongsi. Manfaat buat orang lain.
Buat Anak Muda
Benarlah, andai sedang bercinta. Andai ingin berumah tangga, fikirlah sehingga ke lampin bayi. Persiapkan diri.
Mungkin ada yang merasakan terlalu awal. Mungkin. Namun,  apabila tiba masanya kelak, tiada siapa dapat mengelak. Maka, fikirlah  dengan bijaksana.
Setiap perkara yang dinyatakan dalam Al-Quran itu adalah perkara yang PALING ADIL. Berulang-ulang kali Sister Fullah ingatkan.
Maka, 2 tahun menyusukan anak itu termasuk dalam perkara paling adil yang perlu ibu tunaikan buat anak-anaknya.

ILMU yang TIDAK BERMANFAAT

Tidak semua ilmu akan bermanfaat.
Ada ilmu yang tidak bermanfaat.
Seperti ilmu yang dimiliki sebagian ahli kitab.
Mereka adalah orang yang memahami al-Kitab.
Tetapi ilmunya tidak memberikan manfaat kepadanya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan :
"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui." (QS. Al-Bawarah, 2:146)
Dalam ayat ini kita diingatkan oleh Allah dalam Al-Qur’an untuk mengetahuh lebih jauh lagi tentang sifat-sifat ahli kitab, baik dari golongan Yahudi maupun Nasrani. Pada ayat ini sekali lagi Allah menggambarkan bahwa ahli kitab tidak beriman kepada Rasulullah Muhammad Shalallaahu 'alaihi wa sallam, padahal mereka itu benar-benar mengenal Rasulullah SAW. Kenalnya ahli kitab kepada Rasulullah SAW sedemikian jelas, sehingga Allah gambarkan sebagaimana kenalnya mereka kepada anak mereka sendiri.
 Pada awal ayat, Allah mengatakan:
Alladziina aatainaa humul kitaaba (orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah Kami beri Al-Kitab Taurat dan Injil)
ya’rifuunahu - mengenal Muhammad (walaupun nama Muhammad akan tetapi hanya disebut siyat-nya). Dari segi siyat-nya dapat kita pahami bahwa yang dimaksud dengan hu dalam ya’rifuu nahu disini adalah Rasulullah SAW.
Dari segi balaghotul Qur’qan (bahasa Al-Qur’an), ada hal khusus yang ditampakkan oleh Allah SWT.
 Pertama, Allah SWT memilih lafadz ya’rifuunahu bukan ya’lamuunahu yang artinya sama-sama mengenal. Apa maksud Allah dengan penggunaan kalimat tersebut ? Ternyata ada perbedaan pengertian antara Al-'Ilmu dan Al-Ma’rifah dalam pemakaiannya. Ya’lamuu nahu itu digunakan untuk mengetahui sesuatu yang tidak kelihatan (ma’nawi), sementara lafadz ya’rifuu nahu itu digunakan untuk mengenali sesuatu yang kelihatan fisiknya (hisiy). Artinya, jika yang digunakan adalah ya’rifuu nahu berarti pengenalan itu sangat jelas.
Penggunaan kalimat seperti ini juga digunakan Allah SWT dalam QS. Al-Muthoffifin ketika Allah menggambarkan bagaimana keadaan penduduk surga. Allah mengatakan Ta’rofu fii wujuuhihim nadl-rotan na’im , "Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh keni'matan." (QS. 83:24).
Gambaran kesenangan hidup penduduk surga itu dapat dilihat dari wajah mereka. Ini artinya dapat dikenali dari sesuatu yang bersifat fisik, karena memang wajah mereka memang kelihatan. Jadi lafadz al-ma’rifat itu digunakan untuk mengenali sesuatu yang benar-benar jelas.
Oleh karena itu ketika Allah SWT menggunakan kalimat ya’rifunahu ini karena orang-orang ahli kitab tersebut benar-benar mengenal Rasulullah SAW, sebagaimana melihat segala sesuatu yang nampak jelas secara fisik. Pengenalan ahli kitab ini karena kenabian Rasulullah SAW sudah diterangkan dalam kitab suci mereka yaitu dalam Taurat dan Injil.
Kedua, dalam lanjutan ayat ini Allah menggunakan kalimat kamaa ya’rifuuna abnaa ahum (sebagaimana mereka mengenal anak laki-laki mereka). Penggunaan kalimat ini lebih menguatkan lagi tentang pengenalan Ahli Kitab kepada Muhammad SAW. Kita paham, tidak ada orang tua yang tidak mengenal anaknya, kecuali kalau sudah pikun.
Ketiga, penggunaan lafadz abnaa ahum (anak laki-laki mereka) pada penggalan ayat kamaa ya’rifu abnaa ahum (sebagaimana mereka mengenal anak laki-laki mereka). Di sini Allah menggunakan lafadz abnaa ahum (anak laki-laki), bukan banaa tihim (anak perempuan). Kalau kita perhatikan di masyarakat, biasanya para orang tua itu lebih mengenal dan lebih dekat dengan anak laki-lakinya jika dibandingkan dengan anak perempuannya. Kebutuhan orang tua kepada anak laki-laki biasanya lebih tinggi daripada anak perempuan.
Subhanallah. Penggunaan kalimat-kalimat ini semakin menambah keyakinan kita tentang kemu’jizatan Al-Qur’an. Sampai-sampai pada kalimat yang digunakan pun, Allah memilih yang sesuai dengan makna yang dimaksudkan. Allah selalu menggunakan kalimat yang sesuai dengan tujuannya.
Akan tetapi walaupun sudah sedemikian jelasnya pengetahuan dan pengenalan ahli kitab kepada Rasulullah SAW, tetapi sebagian mereka tetap mengingkari kenabian Rasulullah. Mengapa sebagian Ahli Kitab ini kafir atas kenabian Muhammad SAW? Jawabannya adalah karena totalitas hidup mereka yang dikendalikan oleh hawa nafsunya, bukan karena Allah SWT. Hal ini telah Allah tegaskan pada ayat sebelumnya yaitu ayat 145 yang telah dibahas.
Ayat ini Allah tutup dengan mengatakan wa inna fariiqom minhum layaktumuunal haqqo wahum ya’lamuun (dan sesungguhnya sebagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui).
Penutup ayat ini menerangkan satu lagi sifat-sifat sebagian ahli kitab yang lain adalah tidak mau mengakui suatu kebenaran. Namun demikian ada hal yang harus kita perhatikan disini. Dalam lanjutan ayat ini, Allah menggunakan lafadz wa inna fariiqom minhum (sebagian dari ahli kitab), bukan wa minhum (seluruh ahli kitab). Mengapa Allah menggunakan lafadz fariiqo (sebagian) ? Karena realita sejarah membuktikan bahwa diantara ahli kitab pada waktu itu ada yang mengakui kebenaran kerasulan Muhammad SAW dan kemudian beriman kepada beliau. Dari Yahudi umpamanya ada Abdullah bin Salam yang adalah seorang ulama Yahudi yang kemudian menyatakan keimanannya dan masuk Islam. Dari Nasrani umpamanya ada Sidq Ahrufi.
"Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur'an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur'an dan kenabian Muhammad s.a.w.)." (QS Al-Maidah 5:83)
Penggunaan lafadz wa inna fariiqo - yang berarti sebagian dari mereka, menunjukkan keobyektifan Al-Qur’an. Sekalipun dulunya mereka adalah ahli kitab yang selalu memusuhi ummat Islam, tetapi ketika mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka adalah saudara kita. Islam tidak mengenal adanya balas dendam.
Jadi sebagian dari ahli kitab itu menyimpan kebenaran tentang kenabian Rasulullah Shalallaahu 'alaihi wa sallam dengan menolak beriman walaupun mereka mengetahuinya. Kekafiran sebagian Ahli Kitab ini menegaskan kembali bahwa ilmu saja tidak cukup. Sebagian Ahli kitab itu sangat tahu tentang kebenaran kenabian Muhammad SAW daripada Quraisy maupun suku yang lainnya, tetapi tetap saja mereka tidak beriman.
Ilmu yang dimiliki sebagian Ahli Kitab tersebut tidak bermanfaat, walaupun untuk dirinya sendiri. Oleh karena itu kita diajarkan untuk berdo’a kepada Allah dengan memohon agar diberikan ilmu yang bermanfaat, karena ada ilmu yang tidak bermanfaat seperti ilmunya sebagian ahli kitab ini tidak memberikan manfaat apapun, bahkan malah menjadikannya kafir.
Sahabat Hikmah yang tercinta...
Oleh karena itu, agar ilmu yang kita dapat bermanfaat solusinya adalah :
  1. Menyerahkan totalitas hidup pada Allah
  2. Jangan mau dikendalikan kepentingan dan hawa nafsu
  3. Menyadari bahwa Allah Maha Tahu. Sepandai-pandainya kita menyembunyikan kema’shiyatan, Allah pasti tahu
  4. Menyadari bahwa Allah murka kalau kita tahu tapi kita melanggar
  5. Menyadari bahwa kemuliaan seseorang bukan hanya tingginya ilmu tetapi karena ketaqwaannya
  6. Dalam Islam, orang yang tahu tetapi tidak melaksanan dipandang sebagai tidak tahu
  7. Jangan menilai seseorang dari pembicaraannya saja, tetapi lihat realita hidupnya
  8. Menyadari bahwa hidup di dunia sementara, kesenangan dunia adalah mata’
  9. Dunia tempat beramal, akherat tempat memanen
  10. Berdo’a agar Allah memberikan ilmu yang bermanfaat
  11. Selalu melibatkan diri dengan da’wah agar kema’shiyatan tidak semakin merajalela
Wallahu a'lam bishshowab…



http://romdani45498.blogspot.com/2011/01/ilmu-yang-tidak-bermanfaat.html 

Wahai Mereka Yang Memimpin

Saban hari kunanti,
Munculnya ia tidak kupasti,
Diriku masih mencari,
Apakah kumasih bermimpi?
Dunia yang penuh dengan pancaroba.
Dunia saya, dunia anda.
Destinasi kita sama.
Biarpun perjalanan kita berbeza.
Kita berpandukan dengan cara yang sama.
Terpulang ke atas diri kita.
Apakah kita hendak menghayatinya.
Ataupun kita sudah jauh,
jauh bersama mereka yang berpaling daripada-Nya.
Siapakah kita?
Kenal entah tidak.
Segelintir sahaja yang berkemahuan.
Berusaha mencari asal usulnya.
Mengingati.
Tidak melupainya tatkala ujian mendatang.
Datangnya ia.
Nikmat tidak tertadah tangan.
Dijadikannya, penggelap hati.
Hilang entah ke mana.
Laluan yang lurus ke arah-Nya.
Sia-sia sudah.
Ke manakah mereka pergi?
Menjadi tunjang yang tidak berisi.
Akar hanya menurut.
Daun-daun luruh ditiup angin.
Kami menuruti.
Mata dikaburi.
Wahai mereka yang berkuasa!
Salah caturan kami merana.
Maruah agama terkena.
Kalian sedarkah?
Keadaan anak-anak yang tak kemana.
Tujuan tiada.
Hilang akal dibawa dunia.
Sedarkah kalian?
Tanggungjawab bukan permainan.
Amanah jangan digadai.
Membentuk pemuda, menjadi keutamaan.
Kenali Allah, kenali agama.
Kami merayu! Kami merintih!
Sedarkah kalian?
Kami sudah terkandas.
Sedarkah kalian?
Senang di atas.
Pasti susah dikemudian hari.
Di manakah konsep Islam yang ditunggu oleh kami? Mengapa liberal yang menjadi pilihan? Tidak takutkah? Tidak takutkah azab Allah yang pasti? Jangan sekali-kali dicabar kuasa-Nya.
Hari demi hari, saya menunggu untuk munculnya seorang pemimpin yang dapat memimpin ummah zaman ini. Lihat sahaja di sekeliling. Perpecahan berlaku tanpa kita sedari. Ramai sudah yang tergelincir dari landasan yang sebenar. Keutamaan memegang al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan utama semakin dilupakan dari sehari ke sehari. Undang-undang dunia pula diangkat menjadi undang-undang pentadbiran.
Hampir setiap kali saya bersua dengan masyarakat Islam di luar sana, sebut sahaja nama Malaysia, layanan terbaik akan diberikan kepada kita. Pujian demi pujian datang dari lidah mereka. Mengatakan bahawa negara kita adalah contoh negara Islam yang terbaik zaman ini. Senyuman mudah terukir di bibir, tetapi hati berkelakuan sebaliknya. Layakkah kita untuk mendapat pujian seperti itu?
Lihat sahaja anak-anak muda masa kini. Mereka ini yang bakal mentadbir negara kelak. Sering kali saya berfikir, apakah ada dalam kalangan anak-anak muda Islam pada masa kini, ada yang akan bangkit lalu memimpin kami? Dan mengubah apa yang sepatutnya, menuju ke jalan yang benar. Saya takut, di mana berkemungkinan satu hari nanti, mereka yang bukan beragama Islam yang akan memimpin dan mentadbir. Malah, kedudukan kita sudah terumbang-ambing, dan boleh jatuh pada bila-bila masa. Dek arus pemodenan, kemewahan dunia, kekuasan dan pangkat, yang lemah semakin ditindas, yang alpa bermaharajalela.
Saya kira, jika bukan sekarang untuk kita berubah, bila lagi? Jangan disangka esok masih ada peluang.
Tidak akan ada Islam jika tiada jemaah, tidak akan ada jemaah jika tiada pemimpin, dan tiada pemimpin jika tiada ketaatan.Daripada para sahabat
Dan semestinya, ketaatan itu perlu datang daripada ummah kepada pemimpin-pemimpin yang memperjuang agama yang tercinta di samping memperjuangkan negara. Rentetan itu, terbentuklah yang satu jemaah, yakni jemaah Islam yang bersama-sama memperjuangkan agama!

Dia Jodohku

Nurul memandang tepat wajah insan di hadapannya itu. Dia cuba mencari sebuah jawapan. Debaran di hati tidak hilang sedikitpun walaupun telah hampir semua pertanyaan dan persoalan telah dilontarkan. Ahh, mengapa mesti mengunci bibirmu. Keluarkan suaramu. Jawab pertanyaanku. Nurul memprotes di dalam hati.
Insan di hadapannya itu hanya tersenyum. Dia mengangkat wajahnya. Nurul cepat-cepat berpaling ke arah lain. Bimbang matanya bertaut dengan mata si jejaka.
“Mungkin Nurul jodoh saya,” jawabnya ringkas.
“Itu sahaja jawapan saudara?” soal Nurul kerana tidak berpuas hati dengan jawapan seringkas itu.
“Ya.”
Nurul memandang temannya Aina yang sejak tadi membatukan diri. Lagaknya seperti ingin meminta pertolongan. Manalah tahu Aina ada apa-apa soalan yang boleh membuka mulut jejaka ini. Namun, Aina hanya tersenyum. Dia juga kaku berhadapan dengan keadaan ini. Nurul yang dikenalinya seperti berubah serta-merta dalam pertemuan ini. Tiada lagi senyuman manis, tiada lagi kata-kata yang penuh berhikmah dan yang paling terkesan, kelembutan yang menjadi darah-dagingnya juga seperti telah terbang di tiup angin.
“Pandai sungguh dia berlakon,”getus hati Aina.
Bibirnya mengukir senyum apabila Nurul mengajaknya pulang. Masa yang ditunggu telah tiba. Nurul telah berjanji akan membelanjanya makan selepas pertemuan itu selesai. Bukan mengambil kesempatan, cuma poketnya hampir kosong. Almaklumlah sekarang sudah berada di penghujung semester.
Semasa dalam perjalanan ke cafe, Aina mengambil kesempatan bertanya Nurul perihal perubahan tingkah-lakunya sebentar tadi.
“Boleh Aina Tanya sikit?”
“Emm, tanyalah...”
“Kenapa Nurul garang sangat dengan Izzat tu? Kesian dia,”
“Garang ke? Nurul rasa cam biasa je tadi,” Nurul menjawab sambil bibirnya mengukir senyuman.
Aina cuba membaca isi hati sahabat baiknya itu. Senyuman Nurul bagai tersirat 1001 macam maksud. Aina hanya mendiamkan diri, mungkin Nurul belum bersedia menceritakan isi hatinya.
Deringan telefon yang mendendangkan lagu [B]“Atas Nama Cinta”[/B] nyanyian kumpulan UNIC sedikit mengganggu tumpuan Nurul yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan assignment yang perlu dihantar dua minggu lagi. Kerutan di dahinya hilang dan digantikan dengan senyuman apabila melihat nama si pemanggil. Insan yang sentiasa dirinduinya siang dan malam.
“ Assalamualaikum  ibu,” sapa Nurul lembut.
“Waalaikumusalam. Nurul tengah buat apa tu? Sibuk ke?,” soal ibunya.
“Tak lah sibuk sangat, tengah siapakan assignment. Dua minggu lagi kena hantar. Ibu sihat? Abah macam mana?”
“Alhamdulillah, kami sihat. Emm, sebenarnya ibu dan abah ada hal penting nak berbincang dengan Nurul. Nurul boleh balik kampung hujung minggu ni?”
“Hal apa yang penting sangat tu sampai tak dapat bagitahu melalui telefon,” seloroh Nurul. “Adalah.. ini h`l masa depan Nurul,”
Setelah memutuskan talian telefon, Nurul mula termanggu. Dia sudah berasa tidak sedap hati. Hal apakah yang ingin diberitahu ibu? Masa depan? Hal baik atau sebaliknya? Screen laptop dihadapannya dipandang tanpa berkelip.
Fikirannya mula melayang entah ke mana. Jantungnya mula berdegup kencang menyebabkan aliran darah dalam tubuhnya bergerak laju merentasi segala otot dan bahagian tubuh yang lain. Jarinya lantas memicit-micit kepala yang tidak sakit. Perbualan dengan ibu sebentar tadi telah menyebabkan dia berasa tidak keruan. Oh, ibuku!
**********
Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang riang bermain kejar-kejar di halaman rumah. Padi yang mulai menguning di petak-petak sawah dan burung-burung yang bebas berterbangan mengindahkan lagi pemandangan petang itu. Segala beban pelajarannya terasa hilang semenjak dia sampai ke rumah beberapa jam yang lalu. Nurul menghayun langkah ke sebatang pohon besar dihadapan rumah. Di bawah pohon yang rendang itu terdapat sebuah buai dan pangkin. Di situlah dia dan ibunya selalu berbual-bual.
Suasana damai petang itu tidaklah sedamai hatinya. Ibunya masih belum menyampaikan hal tersebut. Ingin sahaja dia meminta ibu menceritakan hal itu setibanyan dia di rumah tadi. Namun, aroma asam pedas kegemarannya membantutkan pertanyaan malah menaikkan selera makannya pula. Nurul tersenyum sendiri.
“Hai anak dara, kenapa senyum sorang-sorang ni?”
Nurul berpaling ke arah pemilik suara itu. Ibu dan abahnya menghadiahkan senyuman buat satu-satunya anak gadis yang mereka miliki.
“Ingat kat siapa la tu,” abah mula berseloroh.
“Mana ada ingat kat siapa-siapa. Tengah memerhati keindahan alam. Anak ibu dan abah ni kan pencinta alam orangnya,”jawab Nurul manja.
Nurul akui, walaupun usianya sudah menjengah angka 22 dan bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi, namun sifat keanak-anakkan dalam dirinya masih menebal. Mungkin kerana dia satu-satunya puteri yang dimiliki oleh pasangan Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah di samping dua orang putera yang sudah bekerjaya dan seorang putera yang masih di zaman remaja.
“Hal apa yang ibu nak beritahu hari tu?”, soal Nurul tanpa berlengah.
Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah berpandangan. Raut wajah mereka sedikit berubah. Bimbang hal yang bakal disampaikan akan mengganggu tumpuan Nurul belajar. Walaupun sifatnya seperti keanak-anakkan, tetapi fikiran Nurul sematang usianya. Haji Ahmad yakin pelajaran anakknya tidak akan terganggu, cuma si ibu yang masih berat hati menceritakan hal tersebut.
“Ada orang datang bertanya,” abah mula membuka cerita.
“Datang bertanya? Tanya apa?” serius Nurul tidak faham.
“Macam ni..” ibu mula menyusun kata.
“Ada orang datang merisik Nurul.”
“Siapa?”
“Orang Selangor. Keluarga Tengku Mahfuz.”
“Tengku Mahfuz? Siapa tu?” soal Nurul ingin kepastian.
“Kawan lama abah kamu. Sama-sama belajar di Madrasah At-Ti Hadiah dulu,” terang ibu.
Nurul hanya mendiamkan diri. Bila pula abah  aku ada kawan daripada golongan Tengku-tengku ni. Aish..
“Mereka datang merisik untuk anak mereka, kalau tak silap, Izzat namanya,” abah mula bersuara.
Nurul memandang wajah tenang abah sambil tangannya menggapai sampul surat yang abah hulurkan.
“Itu gambar orangnya. Nurul fikirlah masak-masak sebelum memberi jawapan. Apa sekalipun jawapan Nurul, abah dan ibu akan sokong,” tambah abah.
“Abah dan ibu dah lihat orangnya? Pandangan abah dan ibu bagaimana?” Sekali lagi ibu dan abah berpandangan. Tetapi kali ini senyuman mereka meleret-leret dan tidak lekang dari bibir. Nurul bertambah binggung.
Malam itu Nurul sangat susah untuk melelapkan mata. Apa yang dibongkarkan oleh abah dan ibu petang tadi benar-benar menghantui dirinya.
Sebenarnya kami dah lama kenal Izzat tu. Abah mula-mula kenal dia masa dia ikut Tengku Mahfuz ke majlis perkahwinan sepupu kamu, Mazuin, tahun lepas. Masa tu kamu sibuk bantu Mak Long sampai tak sempat nak kenalkan dengan Izzat. Kali kedua abah jumpa dia di madrasah. Dia menggantikan papanya semasa reunion kami. Semenjak waktu tu, dia selalu juga telefon abah bertanya khabar. Dia pun pernah datang ke rumah. Cuma kamu je yang tak tahu.
**********
Nurul mula memanggil-manggil memorinya.
Manalah tahu dia dapat mengingati situasi yang abah ceritakan petang tadi. Daripada raut wajah abah, Nurul dapat merasakan  bahawa abah sangat menyenangi jejaka yang bernama Izzat itu. Tidak kurang juga dengan ibu. Kedua-duanya kelihatan ceria bercerita tentang Izzat. Izzat itu, Izzat ini…
Nurul baru teringat sampul surat yang diberi oleh abah siang tadi. Dia membuka sampul surat itu dan mengeluarkannya dengan berhati-hati. Matanya dipejamkan kerana takut melihat wajah orang ingin memetiknya dari taman hati abah dan ibu. Entah hensem ke tidak. Entah-entah gemuk. Alamak…hatinya berbisik nakal.
Matanya dibuka perlahan-lahan. Tiada cacat-cela daripada raut wajahnya. Semuanya kelihatan sempurna. Tiba-tiba.. Macam pernah tengok dia ni, tapi kat mana? Bila? Aiseh. Siapa ni.. muka ni macam  pernah wujud dalam memori aku, tapi siapa??? Nurul makin tidak keruan. Insan itu seperti pernah dikenalinya satu masa dahulu. Namun, segala maklumat bagaikan hilang ketika dia amat memerlukannya ketika ini.
Nurul lantas mencapai laptop yang hampir sehari tidak ditatap. Dia yakin gambar Izzat pasti terselit di antara beratus-ratus gambar simpanan peribadi miliknya. Satu demi satu folder gambar dibuka. Satu persatu gambar diteliti supaya tidak  ada yang terbabas daripada penglihatannya. Sudah hampir ke semua gambar dilihat, diteliti dan ditelek  dengan penuh ketekunan, namun dia masih tidak menjumpai wajah yang dicarinya. Giliran folder terakhir dibuka.
Folder yang menempatkan gambar Nurul dan rakan-rakannya semasa Bengkel Sukarelawan yang dianjurkan pihak universiti beberapa bulan yang lepas. Bebola matanya seperti dapat menangkap sesuatu. Nurul segera mengambil gambar yang diberikan oleh abah dan meletakkannya di screen laptop. Dia cuba membandingkan gambar itu dengan gambar seorang penceramah yang memiliki raut wajah yang hampir sama dengan Izzat.
“Subhanallah...” hanya perkataan keramat itu yang keluar dari bibir Nurul. Debaran hatinya bertambah kencang.
Dr. Irfan, salah seorang penceramah bagi slot kecemasan dan perubatan. Diakah orangnya. Tanpa membuang masa, Nurul terus mendapatkan kepastian daripada sahabat baiknya, Aina.
“ Kalau tak silap, ada dua orang doktor yang datang hari tu. Yang perempuan tu namanya Dr. Khalisah, yang lelaki tu namanya Dr. Irfan. Kenapa?” jawab Aina dan membalikkan satu soalan kepada Nurul.
“Aina tahu tak nama penuh doktor lelaki tu?”
“Dr. Izzat Irfan.. ada gelaran tengku kot di pangkal namanya” jawab Aina yang berada di hujung talian.
Dia berasa pelik dengan tingkah-laku Nurul. Sebelum ini Nurul tidak pernah bertanya apa-apa mengenai muslimin, lebih-lebih lagi yang tidak dikenalinya. Tapi berbeza kali ini.
“Oh, ok. Terima kasih ya. Maaf mengganggu malam-malam ni. Assalamualaikum,” “Waalaikumusalam,” balas Aina kecewa. Tidak sempat nak mengorek cerita dan bertanya lebih lanjut, Nurul sudah dahulu mengakhiri perbualan mereka. “Tak apa, balik kolej nanti aku korek cerita hang,” getus hatinya.
**********
Sudah dua hari di rumah dan tiba masanya kembali ke bumi UPM. Semua barang keperluan telah dimasukkan ke dalam beg. Matanya tertacap kepada satu kotak kecil berwarna merah di atas meja solek. Kotak baldu berbentuk hati itu dicapai dan dibuka perlahan-lahan. Cincin emas bertatahkan permata comel berwarna putih memancarkan kilauannya apabila terkena cahaya matahari yang terbias dari tingkap kamarnya.
Hati Nurul berbelah bahagi. ‘Mengapa dia memilih aku sedangkan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Layakkah cincin secantik ini disarungkan ke jariku. Dan yang paling menggusarkan, layakkah aku menjadi suri hati seseorang yang baik dan sesempurna dia.’
Segala persoalan yang ingin dilontarkan telah ditulis kemas dalam sebuah warkah. Nurul meminta nasihat abah dan ibunya. Adakah dia melakukan sesuatu  yang betul dan tidak tersasar dari jalan yang dibolehkan agama. Kata abah, lakukanlah jika itu mendatangkan kebaikkan. Andai itu salah satu ikhtiar yang digunakan untuk  berasa yakin dialah jodohmu, maka teruskan. Tapi awas, jangan sampai terlalu mengikut kata hati . “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya.
Pesanan abah sangat mendalam maksudnya, “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya. Oh, abah!
Nurul melipat warkah tulisan tangannya itu dengan kemas. Tiada bedak mahupun wangi-wangian diletakkan seperti mana yang dilakukan remaja-remaja lain. Warkah itu membawa isi hati Nurul agar si dia mengerti dan mengenali siapa insan yang baru dilamarnya. Juga ingin meminta kepastian adakah benar-benar ikhlas menerima dirinya yang penuh kekurangan dan kelemahan agar suatu hari nanti tidak akan dipersoalkan jika badai menghempas pelayaran rumahtangga mereka. Nau’zubillah...
Bukan meminta, hanya sekadar  satu persediaan. Nurul meminta abahnya sendiri menyampaikan warkah itu. Biarlah abah yang menjadi orang tengah antara mereka, itu yang terbaik.
**********
Terlopong Aina mendengar cerita yang baru disampaikan Nurul. Aina tidak menyangka Nurul akan dilamar oleh doktor idamannya itu. Namun, dia sangat bersyukur andai benar jodoh Nurul dengan Dr. Irfan. Daripada satu sudut dia dapat melihat mereka sangat sepadan. Walaupun jarak usia antara mereka selama 6 tahun, namun itu tidak mencacatkan keserasian mereka.
Serasi? Ya, itu yang Aina rasakan. Seingat Aina, selepas program tamat, mereka pernah bertukar-tukar pendapat mengenai dunia perubatan dan perkaitannya dengan isi kandunagn Kitabullah. Walaupun kumpulan mereka terdiri daripada 7 orang, namun, hanya Dr. Irfan dan Nurul yang banyak menjawab dan menyoal. Ahli yang lain lebih gemar mendengar, termasuk dirinya sendiri. Aina tersenyum apabila mengimbau kembali kenangan itu.
“ Aina rasa kamu berdua memang sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Bagai cincin dan permata,” kata Aina sambil mengira-ngira untuk menambah bidalan-bidalan yang lain bagi menunjukkan kesepadanan mereka.
“Aina, jangan main-main ok. Ni masalah besar ni,” balas Nurul.
“Nurul suka dia tak?”
Berkerut dahi Nurul mendengar soalan sabatnya itu. Dia berfikir sejenak.
“Orang-orang tua kata, diam maknanya suka. Betul tak?” Aina cuba bermain kata dengan Nurul. Bukan untuk menambah kerunsingan temannya itu, namun sebelum memberi apa-apa pandangan, lebih baik dia mengertahui isi hati Nurul terlebih dahulu.
“Entahlah. Nurul pun tak pasti,” jawab Nurul lemah.
“Kenapa? Nurul dah ada pilihan hati ke?”
“Bukan macam tu, tapi...”
“Tapi apa? Nurul ada apa-apa masalah ke? Ceritalah, Aina sedia mendengar,” pujuk Aina. Nurul hanya tersenyum hambar. Daripada raut wajahnya tergambar sedikit kegusaran. Bukan soal sudah ada jejaka idaman, Cuma hatinya belum bersedia. Bukan setakat hati,  jiwa dan jasadnya juga bagai belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang berat itu nanti.
“Aina tahu kan siapa dia. Latar belakang keluarga pun dah berbeza sangat dengan Nurul. Itu belum lagi tahap pendidikan. Macam tak sesuai je dengan Nurul,” “Ish, itukan ukuran dunia je. Aina rasa dia bukan daripada golongan yang mementingkan soal darjat dan darah ni. Dia sendiri pun low profile, sentiasa merendah diri. Pengetahuan agama pun boleh tahan. Apa lagi yang kurang?” soal Aina tidak puas hati.
“Memang dia tiada kekurangan dari mata Nurul. Tapi Nurul yang banyak kekurangan. Bab agama tu yang Nurul risau. Masih lemah. Bimbang tidak dapat menjadi suri yang dapat dia banggakan.”
“Nurul, Allah menciptakan menusia berpasangan-pasangan supaya mereka saling melengkapi bukan? Perkahwinan bukan suatu proses mencari yang sempurna, tapi proses untuk menjadi yang sempurna. Ingat tu,”
Nurul hanya mendiamkan diri. ‘Betul juga apa yang Aina cakap, hati kecilnya berkata-kata.
"Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMu. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn."
Usai mengerjakan solat sunat istikharah buat sekelian kalinya, Nurul masih lagi berteleku di atas sejadah. Hatinya tenang mengadu kepada Yang Esa. Tiada kedamaian setanding kedamaian tika berdua-duaan dengan Pencipta.
**********
Walaupun sudah hampir tiga minggu lamaran daripada pihak lelaki datang, namun dia masih belum dapat memberi keputusan. Buat masa ini dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada peperiksaan akhir semester yang sudah pun bermula. Syukur kerana keluarga Tengku Mahfuz memahami keadaan dirinya.
Jam di dinding menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nurul mengerling teman sebilikknya yang sedang khusyuk mengulangkaji. Tangannya mencapai nota Perundangan Makanan yang kemas tersusun di dalam fail.
Dia mahu membaca semula nota-nota tersebut sebagai persediaan terakhir sebelum menduduki peperiksaan bagi subjek itu pada  pukul 11.00 pagi nanti.
Titt..titt..  Deringan telefon bimbit yang diletakkan di atas katil memecah kesunyian bilik kecil yang dihuninya itu. “Siapa pula yang bagi mesej pagi-pagi ni,” Nurul bermonolog sendiri. Dia mengambil telefon tersebut dan membuka mesej pesanan ringkas yang baru diterimanya. Senyuman terukir tatkala melihat nama si pengirim, Azim, adik bongsu yang tersayang.
Salam. Kak Nurul, esok ibu dan abah akan ke UPM. Abah kata ada benda penting nak disampaikan kepada kakak. Macam surat, tapi abah tak bagi Azim baca. Penting benar agaknya sampai tak sempat tunggu kakak balik.
Azim. Nurul berfikir sejenak. Surat? Dia tidak mahu terus berfikir, biar esok yang menjadi penentunya. Mesej Azim dibalas.
Waalaikumusalam. Ok, kakak akan tunggu kedatangan abah dan ibu.
Nurul meneruskan pembacaan. Hanya tinggal dua paper sahaja lagi yang belum di jawab. Jika diikutkan, minggu hadapan dia akan pulang ke kampung untuk bercuti. Mungkin benar kata Azim, surat itu pasti sangat-sangat penting sehinggakan abah tidak sabar untuk memberikan kepadanya. Tiba-tiba dia tersentak. Jangan-jangan itu surat daripada Izzat. Surat jawapan daripada segala persoalan yang dia ajukan dalam warkahnya tempoh hari.  Sesak nafasnya dan tanpa sedar dia mengeluarkan satu keluhan berat.
**********
Benar seperti yang dijangka. Kedatangan abah siang tadi membawa warkah daripada Izzat. Nurul berasa sangat serba salah kerana dia masih tidak dapat membuat keputusan. Kesian abah dan ibu. Sanggup datang daripada jauh semata-mata untuk menyampaikan surat ini. Teringat pesan abah, ‘Kalau Nurul betul-betul tak bersedia, jawab sahaja tidak setuju. Kesian pihak sana masih menunggu-nunggu’.. Nurul hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata abah. Bukan tidak setuju, 100 kali dia mahu. Namun, masih ada kekangan yang menyebabkan perkataan setuju itu tidak keluar dari bibirnya. Sabarlah abah, anakmu masih perlukan masa untuk berfikir.
Antara pilihan dan penentuan. Antara tadbir dan takdir. Antara kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih sikap berhati-hati dan kesabaran. Jangan terlalu cepat hingga tersadung dan jangan pula terlalu perlahan hingga terlambat. Pilihlah jalan tengah di antaranya dan  iman serta ilmu menjadi panduannya.
Usai mengerjakan solat Isya’ , Nurul terus mencapai sampul surat berwarna biru dari mejanya. Isinya dikeluarkan. Lipatan warkah itu masih elok. Tidak lagi dibuka, apa lagi dibaca. Nurul memberanikan diri untuk menatapnya. Apa pun yang terjadi, keputusan harus dibuat malam ini juga. Ini tekadnya!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...
Salam kembali buat Saudari Nurul Jannah Alisya Binti Ahmad.
Pertamanya, maaf kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab persoalan saudari. Bukan ingin membiarkan saudari terus tertanya-tanya, cuma berusaha untuk memberi jawapan yang sebaiknya.
 Sejujurnya, saya tiada jawapan yang tepat untuk setiap pertanyaan daripada saudari kerana saya yakin saudari punya jawapannya sendiri.
Pernah mengasihi atau tidak, pernah bercinta atau tidak, pernah mengenali atau tidak, bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia bisa menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya, memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kasihi apalagi yang kita tidak pernah kenali untuk menjadi pasangan kita, tapi saya yakin, setiap apa yang berlaku talah diatur oleh Allah dengan sangat sempurna. Wallahua’lam…
Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah. Tidak terkecuali saudari dan saya sendiri,bukan? Allah telah memberi tips kepada kita dalam memilih pasangan. Lihatlah kepada 4 perkara; agama, kecantikkan, keturunan dan harta. Utamakanlah yang beragama, nescaya akan aman hidupmu. Saya tidak pernah meletakkan syarat-syarat tinggi kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri saya kerana saya juga insan biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Pada saya, sudah memadai jika dia dapat menerima saya seadanya.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikkan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allahlah yang lebih mengetahui. Justeru, saya akan berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah catatkan namanya untuk menjadi pendamping saya. InsyaAllah.
Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.
Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah. Saya cuma berharap agar tulang rusuk yang bakal kembali itu dapat membantu melindungi hati saya daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan,bahkan tulang rusuk itu jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada saya untuk tetap memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa.
Mungkin jawapan yang saya berikan tidak seperti yang saudari inginkan. Hanya ini yang mampu saya katakan. Sesungguhnya setiap patah perkataan yang tertulis di kertas ini, telah pun kering dakwatnya di Luh Mahfuz. Tumpukan perhatian kepada peperiksaan yang sedang diduduki. Janfan biarkan hal ini merunsingkan fikiranmu. Segala yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan kekurangan itu datangnya daripada insan lemah ini. Wassalam…
**********
Nurul melipat kembali warkah itu. Patutlah Izzat hanya mendiamkan diri semasa pertemuan mereka yang tidak disengajakan minggu lepas. Rupa-rupanya dia sudah menulisnya terlebih dahulu. Memang benar, Izzat tidak menjawab terus apa yang disoalnya, namun setiap bait-bait kata yang ditulis sudah cukup untuk mengukuhkan alasan untuk keputusan yang bakal dibuat. Nurul tersenyum, dia yakin dengan keputusannya.
“Ya, tulang rusuk tidak akan tertukar!”
Haji Ahmad sangat bersyukur mendengar keputusan yang dibuat oleh Nurul. Walaupun Nurul menetapkan beberapa syarat namun syarat tersebut tidak memudarkan sedikitpun sinar kegembiraan di wajah ibu dan abah.
“Nurul setuju dengan lamaran ini. Tapi, Nurul nak habiskan belajar dulu. Terpulang kepada pihak sana mahu tunggu ataupun tidak,” tegas Nurul. Walaupun luarannya tegas, namun, hatinya hanya Tuhan yang tahu. “Harap-harap dia sanggup tunggu. Kalau tak, makan hati berulam jantunglah aku”,  jenaka hati kecilnya.
Abah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Ibu hanya tersenyum di sebelah abah. Cincin lamaran telah disarungkan sendiri ke jari manisnya. Cantik. Cocok benar dengan warna kulitnya yang putih gebu. Adiknya Azim  juga turut tersenyum sambil mengenyitkan mata bundarnya. Mungkin gembira bagi pihak kakaknya barangkali.
Nurul tersenyum sendiri. Hatinya sudah lega. Syukur Alhamdulillah, semuanya sud`h selesai. Majlis pertunangan mereka akan dilangsungkan pertengahan tahun hadapan, betul-betul selepas dia menamatkan pengajian. Sengaja dipilih tarikh yang masih lambat itu kerana tidak mahu kelam kabut. Tambahan pula dia sedang sibuk dengan projek tahun akhirnya. Pandangan mata dialihkan ke sawah padi yang terbentang luas. Indah, nyaman, damai..Begitu juga rasa hatinya.. Kebahagiaan sedang menanti di hadapan, semoga sempat digapai dan akan kekal dalam pelukkannya sehingga akhir hayat, insyaAllah…