Mengenai Saya

Foto saya
Pangandaran, West Java, Indonesia
Simple

Kamis, 19 April 2012

Motivasi Bisnes

Onak dan duri yang pertama yang mendasari serta merintangi bagi mereka yang ingin memulakan bisnes sendiri adalah kekangan daripada pihak keluarga sendiri. Realitinya, majoriti mentaliti masyarakat kita masih beranggapan anak-anak mereka 'sudah mendapat' kerja apabila mereka 'makan gaji'.
Bagi mereka yang bercita-cita menjadi seorang usahawan itu bukanlah merupakan pekerjaan yang diiktiraf. Apatah lagi pekerjaan yang tidak mempunyai EPF, SOCSO dan lain-lain. Kebiasaannya mereka akan menjadi malu serta terbitlah gejala 'inferiority complex' apabila anak mereka tidak makan gaji disebabkan bagi mereka, orang yang tidak makan gaji serupa dengan dengan orang yang belum mendapat pekerjaan.



Itu belum pula bagi mereka yang ingin mencari calon menantu. Keutamaan tanpa ragu diserahkan kepada mereka yang berkerja dengan kerajaan. Kalau tidak berkerja gomen (government) sekalipun, kerja swasta masih boleh dipertimbangkan. Kalau bermenantukan orang bisnes atau usahawan ni takut-takut kalau bisnes merundum nanti, anak cucu bakal makan dedaun.
Makcik : Maaf ya nak, makcik nak tanya sikit, anak ni kerja apa? Gomen ke kerja sendiri?
Budak : Kerja sendiri je makcik..
Makcik: Wah! Bagus tu? Syarikat anak ni masuk dalam senarai bursa saham ke?
Budak : Belum lagi, makcik. Bisnes kecil-kecil je. Baru nak cuba berniaga sikit.
Makcik : Ooo baru? Macam ni lah nak,  makcik tak boleh buat keputusan lagi, nanti makcik bincang dengan anak makcik dan bapanya. Kalau tak ada masalah nanti Insyaallah kami bagitau. Kalau tak ada apa-apa surat menyurat mahupun email, anggaplah permohonan anak tak berjaya. Jangan risau, "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"
Budak : Err..ok...Kalau begitu, saya mintak izin pulang dahulu..
Makcik : Baiklah. Terima kasihlah nak sudi datang ni. Kalau company anak dah masuk bursa saham, bagitaulah makcik ya. Boleh kita bincang-bincang lagi..
Budak : Err..Insyaallah makcik. Terima kasih. Assalamualaikum.
Makcik : Waalaikumussalam.
Maka pulanglah sang budak itu dengan pesimisnya. Harapannya telah hancur berkecai 'bak kaca terhempas ke lantai'. Kasihan dia....
Itulah realiti masyarakat sekarang. Jiwa kita, mentaliti kita, masih jauh berbeza dengan bangsa lain yang menjadikan kerjaya bisnes dan usahawan itu bidang yang merupakan pilihan utama. Jika mereka tidak mampu berbisnes atau atas dasar minat barulah mencari pekerjaan di bidang swasta dan pilihan terakhir berkerja dengan kerajaan.
Mungkin inilah sumbangan 'dasar pecah dan perintah' celupan British suatu ketika dahulu. Jadi, tidak hairanlah bangsa kita masih jauh ketinggalan dalam bidang perniagaan.
Kita sering mengeluh bila ditipu, diinjak, tetapi itulah yang harga serta maruah diri yang perlu dibayar bila ekonomi kita dipegang oleh orang lain.


Tetapi tak usahlah menyalahkan bangsa lain, kerana 'siapa yang berusaha dia yang akan mendapat hasilnya.' Walaupun bangsa kita masih disuap dengan pelbagai bantuan, subsidi, pinjaman dan sebagainya tapi kita masih tidak mampu menggunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya.
Kita masih tidak mampu meniru keperibadian Rasulullah S.A.W yang merupakan seorang businessman, atas akhlaK dan kejujuran baginda maka baginda dikenali oleh masyarakat disekelilingnya dan isterinya sendiri, Khadijah Bt Khuwailid sehingga baginda dikenali sebagai "al-Amin" yang bermaksud seorang yang jujur dan ini memberikan satu kelebihan kepada dakwah baginda.
Malah Hasan Al-Banna, pendiri Ikhwan Al-Muslimin sendiri memberi galakan untuk berniaga hatta sekecil mana sekalipun. Kerana terkadang ada 'harga' yang perlu dibayar dan ada prinsip yang perlu digadaikan apabila kita menjadi orang bawahan. Dengan berbisnes kita mampu menguruskan masa sendiri, meluangkan masa untuk kerja-kerja dakwah dan kebajikan dan mempunyai lebihan masa bersama keluarga.
Firman Allah S.W.T:
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" ( 9:24)
Kebiasaan halangan mereka yang ingin memulakan bisnes ini adalah risiko kerugian. Keuntungan dan kerugian itu merupakan lumrah dalam dunia bisnes. Kerugian yang dialami itu perlulah dianalisa agar ia tidak berulang lagi. 'Kalau takut akan risiko usah bicara tentang perjuangan'. "Jika risau badai tsunami akan melanda jangan berpondok di tepi pantai'.
Sebetulnya, seorang manusia yang lahir di dunia ini sebenarnya sudah berhadapan dengan risiko. Malah seorang ibu yang melahirkan kita di dunia ini juga berhadapan dengan risiko kesakitan, kematian dan sebagainya demi untuk kehidupan seorang anak. Kemudian mereka membesarkan kita, mendidik kita, menghantar kita ke sekolah, menikahkan kita dengan berhadapan dengan pelbagai risiko. Kalau sedari mula lagi ibu bapa kita tidak mahu mengambil sebarang risiko, kemungkinan atas alasan itulah kita tidak mungkin berada di dunia ini.
Atas dasar itulah, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian, jangan pernah malu dan berasa hina dengan berniaga hatta untungnya cuma RM0.50 cuma atau berniaga di pasar malam mahupun goreng pisang di jalanan. Berbanggalah, kerana dengan berniaga itulah kita mampu berdikari sendiri tanpa perlu mengikut telunjuk sesiapa.


Hasil yang diperolehi atas keringat sendiri itu pastinya suatu kebanggaan dan kepuasan yang tidak mampu digambarkan oleh mata fikiran. Bak kata seorang sahabat, "berniaga ini seharusnya mendekatkan pergantungan kita dengan Allah kerana gaji kita tidak diberikan oleh sesiapa tetapi kita bertawakkal kepada Allah untuk beroleh rezeki atas perniagaan yang kita usahakan.
Tapi...makan gaji senang..Tiap-tiap bulan cucuk sahaja kad ATM...siapa kata senang? Makan gaji merupakan suatu amanah dari majikan...seharusnya kita memberi 'all out' atas kerja yang diberikan kepada kita...inilah yang susah sikit...fenomena meng'ular', buat kerja yang tak berfaedah, masuk lewat, balik awal...ni semua seakan-akan suatu lumrah bagi pekerja makan gaji.
Gaji itu merupakan rezeki. Jadi, berwaspadalah selalu untuk mendapat rezeki yang berkat. Bagi pekerja yang produktif, teruskan sumbangan anda untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Mentaliti kita juga perlu diubah terutamanya graduan, 'bukan hanya mencari kerja tetapi menyediakan kerja'. Selamat berniaga.
"Treat dakwah as business minded."
Semoga diberi kegigihan dan istiqamah seperti Rasulullah S.W.T. Amiin..
Firman Allah S.W.T:
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? "(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar."(61:10-12)




http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/motivasi-bisnes.html

Nikah Gantung (Khitbah) Satu Alternatif

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah  sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta  rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.
Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi  material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama  mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.


Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah.  Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk  menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu)  syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan   ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan  kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat  dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan  kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari  kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,  lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan  kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas  rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)
Perkahwinan  yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar  generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam  kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai [B]Nikah Gantung[/B]. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
Suami


Isteri
Wali
Saksi
Aqad (Ijab Qabul)
Cuma  bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah  dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
Masih menuntut di kolej atau universiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru  itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan  itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak)  dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka  merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar  bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar  tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka  adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Andai  berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak  gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan  diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi  itu dengan bangga dan bermaruah.
 Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu  dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk  kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan  mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan  keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama.


Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat
Sebenarnya [B]Nikah Khitbah[/B] ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut,  sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad  nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.
Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.
Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah  Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini  Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah  berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka  bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah  terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang  dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung)  bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil  kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit  isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material)  . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir)  wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami  wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.


b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah  ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) ,  jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan  seumpamanya.
Nikah khitbah  dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas  suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku.  Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada  halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang  sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka  boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama,  ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar  mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi  ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita  berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah  seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


http:/.romdani45498.blogspot.com/2010/12/nikah-gantung-khitbah-satu-alternatif.html

Memikat Hati Si Dia

"Ustaz, saya bakal melangsungkan perkahwinan Februari nanti. Harapnya, dapatlah saya dengar sedikit sebanyak nasihat dari ustaz sebagai bekal saya  menempuh bahtera rumah tangga nanti," seorang sahabat dari seberang laut bertanyakan nasihat saya di suatu sore.
"Alahai Azman, awak pun tahukan, saya ni tunang pon tidak, macam mana nak jawab soal nikah kahwin ni..?" Saya menambah humor, menyempitkan jurang kami.
"Tak pernah pulak ustaz tak jawab kalau saya tanya sesuatu sebelum ni..?" Beliau menyoal saya semula.
"Kalau awak tanyakan pasal Fiqh Minoriti tentang rakan-rakan kita di Kutub  Utara, mungkin ana boleh cuba jawab. Tapi, kalau soal rumah tangga ni,  susah sikit untuk saya respon. Belum ada pengalaman!" Saya  cuba mendekatkan lagi telinga dan hati beliau terhadap pesan saya  selepas ini. Biar hati itu betul-betul terbuka luas untuk menerima,  sebelum saya menyuapkan resepi agung untuk berumahtangga.
Bukan alim, bukan berpengalaman. Hanya berkongsi apa yang  pernah saya baca dan jumpa. Berkawan dengan orang tua-tua menemukan saya silibus yang tak akan ditemui dalam bilik kuliah.
"Apa matlamat utama awak?" Saya cuba membuat tawaran.
"Saya nak membahagiakan isteri saya," jawab  beliau ikhlas. Nada suaranya sudah berubah. Sesuai dengan topik yang  sedang kami bincangkan. Langkah ini langkah susah dan payah. Langkah  kedua untuk mendirikan ummah yang berpayungkan khilafah.
"Kalau macam tu, senang sahaja. Pikat hati si dia. Ikatkan dengan hati awak. Pastikan hidup mati awak bersama. Bercinta hingga ke syurga, bak kata Ustaz Hasrizal," saya cuba mempromosikan produk.
"Nak pikat macam mana tu..? Boleh dikongsikan sedikit..?" Nada suaranya semakin ghairah untuk dijamukan resepi saya. Inilah masanya, umpan sudah mengena.



"Pertama  sekali, selepas awak dan dia sudah halal dengan terlafaznya 'aku terima  nikahnya', kucup dahinya dalam-dalam. Kalau berpeluang, kucuplah  matanya. Kemudian, ucapkan di telinga si dia yang awak sangat cintakan  si dia. Tapi, jangan lupa untuk ucapkan juga syukur pada yang  mengurniakan cintanya pada awak, ALLAH. Sujud syukur! Lepas itu, ucapkan  juga terima kasih yang tidak terhingga  kerana sudi menerima awak sebagai peneman hidup," saya sedikit bersungguh sewaktu bercerita.
"Aiwah, romantik pulak ustaz ni. Pasti cair hati isteri saya nanti," galak suaranya dengan sedikit ketawa di seberang talian sana.
"Lepas  tu, kalau berpeluang, rancangkan bulan madu bersama isteri. Tak perlu  belanja yang tinggi, cuma pastikan peluang itu peluang yang berkualiti.  Selaraskan komunikasi, selaraskan denyut nadi dan serasikan matlamat  serta tujuan hidup masing-masing. Bersedia untuk menerima kekurangan dan  mengiktiraf kelebihan masing-masing. Bincangkan masa depan dan satukan  imaginasi korang berdua."
"Sekali  sekala, adakan [I]surprise[/I] untuk si dia walau hanya sekuntum bunga. Kalau  ada bajet yang lebih, mungkin boleh dibelikan sesuatu yang lebih  berharga."
"Satu lagi, nafkah.  Ini perkara penting yang telah digariskan dalam syariat kita. Jangan  lewat untuk menunaikan kewajipan awak walau isteri awak ada  kerjaya."
"Seterusnya,  jangan lupa, bila awak terpaksa berpisah atau tinggalkan  si dia sementara waktu, kucup dahi dan matanya sebelum tinggalkan rumah  dan selalukanlah untuk utuskan kata-kata rindu supaya hatinya sentiasa  subur dengan bunga-bunga cintanya terhadap awak. Pastikan kamu sentiasa  menghubunginya setiap masa. Jangan terlewat walau sesaat cuma."
"Lebih  penting, tunjukkan yang si dia lebih penting dari segala-galanya.  Jangan pula awak liat untuk bertanyakan khabar kondisi si dia sedang  dalam masa yang sama, awak saban hari memeriksa enjin dan kondisi Produa  Myvi di depan tangga!" Sedikit humor saya selitkan dalam wasiat yang agak sinis ini. Lalu, sedikit gelakan dapat saya tangkap di hujung talian.
"Jangan  lupa, bincangkan secara baik, jadual pulang berhari raya. Bimbang si  dia terluka kalau tidak pulang ke rumah mertua. Jadi, jangan kedekut  untuk korbankan kampung halaman untuk kebahagiaan si dia."
"Huih,  banyak benar ye petua ustaz, macam pakar! Ayat pula power, macam dah  bercucu tiga. Ada lagi ke ustaz? Saya dah makin bersemangat ni," Azman  semakin bersemangat. Setiap patah perkataan saya dicerap  sebaik-baiknya. Respon pula sentiasa ada dicelahan setiap nasihat dan  idea.



"Ye,  ada lagi. Mungkin ini yang paling istimewa. Bila dah ada cahaya mata  nanti, cinta kamu akan terbahagi dua. Separuh untuk isteri  dan separuh untuk anak-anak.  So, jangan lupa untuk ungkapkan  penghargaan yang tidak terhingga sepanjang tempoh hamil sehingga selepas  bersalin. Ungkapan kita akan menjadi penguat semangat si dia untuk  terus menempuh saat kritikal sepanjang tempoh hamil dan proses  melahirkan bayi. Saya ada satu resepi rahsia," saya memancing lagi.
"Apa tu ustaz, tolonglah jangan rahsia, nanti rumah tangga saya kurang bahagia," usiknya sambil diselangi ketawa bahagia.
"Ok,  resepi rahsianya, apabila anta sambut ulang tahun kelahiran anak-anak,  hadiahkan juga cenderahati penghargaan kepada si dia yang berkorban 9  bulan mengandungkan anak-anak."
"Ada lagi ustaz?" Suaranya semakin galak.
"Habis. Setakat itu sahaja," saya memutuskan kata-kata. Titik noktah diletakkan di hujung bicara.
"Hai, saya tengah bersemangat ni... jantung pun tengah kencang berdegup,  janganlah berhenti mengejut begitu ustaz. Nanti boleh jatuh strok saya  jadinya." Selnrohnya meminta perbualan kami diperpanjangkan lagi.
"Kalau awak strok, wasiatkan tunang awak untuk saya," saya berseloroh sambil ketawa bersahaja.
"Kalau awak masih sudi, masih ada resepi yang kurang menarik. Jarang orang suka  mendengar resepi ini. Kalau awak betul-betul mahu, saya boleh sambung," nada suara saya mendatar.
"Boleh, saya sedia. Saya tahu, pasti akan ada manfaatnya," Azman masih bersemangat.
"Resepi ini bukan untuk memikat hati. Tapi untuk menghidupkan hati yang separuh mati. Mengesat  air mata yang tak nampak alirannya. Meredakan pekikan suara hati yang tidak zahir bunyinya. Awak nak dengar ke?" Nada saya bertukar sedikit serius.
"Apa tu ustaz?" Nadanya kini berubah.
"Awak pernah kucup dahi ibu sendiri?" Tanya saya ringkas.
"Belum," ringkas juga jawapan Azman.
"Kucupi  dahi  ibu kamu sebelum kamu mengucup dahi isteri. Ibu itu yang berkorban 9  bulan mabuk, loya dan letih mengandungkan kita dan bersabung nyawa  melahirkan kita.


Mengasihi kita tanpa sebarang syarat ataupun mahar  mahupun nafkah. Dahi ibu kita lebih layak untuk kita kucup sebelum kita  kucup dahi isteri yang baru kita kenali beberapa bulan."
"Pernah awak  berbulan madu dengan ibu? Berkongsi tujuan dan matlamat hidup  dengan ibu? Bergurau senda dan bermanja-manja dengan ibu? Kalau belum,  honeymoon dulu dengan ibu awak. Kelak nanti, hatinya tidak begitu remuk  melihat bahagianya bulan madu kita bersama isteri dengan melupakan jasa  ibu yang pernah meletakkan seluruh hidupnya untuk kebahagiaan kita.  Bahagianya honeymoon kita sehingga terlupa untuk menghubungi ibu anta di  desa sana."
"Pernah awak berterima kasih pada ibu kerana melahirkan awak? Ibu yang sepanjang  hidupnya menemani hidup awak? Kalau masih belum diungkapkan,  segerakanlah ia sebelum awak berterima kasih kepada isteri yang sudi  menjadi peneman hidup awak. Ibu tua itu lebih aula (utama) menerima ucapan itu."
"Pernah  surprisekan ibu awak dengan sesuatu hadiah yang istimewa? Kalau belum,  surprise kan dulu si ibu itu. Nescaya, hatinya kembali berbunga-bunga.  Ibu  itu pastinya sunyi bila kehilangan kita, anak kesayangannya."
"Sewaktu kita  mengira belanja harian dan nafkah untuk isteri, fikirkan juga nafkah  dan belanja untuk ibu kita yang tak bergaji di desa sana. Ibu itu telah  membesarkan kita tanpa sebarang upah mahupun bayaran. Ye, duit yang kita  akan kirimkan itu bukannya bayaran terhadap kasih sayang mereka, tapi  ianya menjadi tanda yang kita juga masih mengingati malah menyayangi  mereka."
"Man, saya yakin, mak awak sangat sunyi waktu ini. Saban detik, telinganya  pasti ingin mendengar deringan dari seberang laut. Pasti matanya selalu  menatap potret awak yang digantung atau yang terselit di celah dompet.  Hubungilah ibu awak sekerap yang mungkin. Kalaupun tidak seminggu  sekali, pastikan dalam sebulan, khabar awak sampai kepada mak yang  jauh di kampung."
"Man,  kalau dengan satu ibu dan satu ayah, kita sudah tidak mampu untuk  memikat hati kedua-duanya, saya bimbang lebih banyak hati-hati yang akan  terluka selepas kita mempunyai dua ibu dan dua ayah."
Gelak  ketawa bertukar menjadi esak dan sendu. Nada Azman yang riang kini  berubah ke sebaliknya. Saya menghentikan kalam seketika. Suasana hening  seheningnya. Hanya sedikit gangguan dari gelombang talian yang  seakan-akan turut terpengaruh dengan suasana.
"Saya  tak berniat untuk menghancurkan impian bahagia awak. Tapi, saya yakin  dengan sempurnanya plot ini, awak akan lebih berbahagia. Ummat ini akan  lebih berbahagia."
"Saya  yakin yang awak sudah maklum. Bait Muslim (keluarga Islam) tidak akan sempurna tanpa  sempurnanya Individu Muslim.


Bagitulah juga, Masyarakat Muslim tidak  akan lahir dari  Bait Muslim yang tempang. Khilafah tidak akan terbina dengan Masyarakat  yang tidak stabil. Bersemangatlah, kitalah pemulanya. Saya yakin, tarbiah  yang awak lalui telah menjadikan awak Fardul Muslim (individu Muslim) yang baik. Tinggal  lagi, Allah akan mendidik awak untuk melahirkan Bait Muslim yang baik.  Adikku Azman, inilah jalannya."
Go home and love your  family
Jawapan  Mother Teresa selepas ditanyakan tentang bagaimana untuk mempromosikan  keamanan kepada dunia. Pertanyaan itu diajukan beliau menerima Hadiah  Nobel Keamanan pada tahun 1979.
"Sebaik-baik  kamu adalah oran yang paling baik hubungannya dengan ahli keluarganya.  Dan aku adalah orang yang paling baik untuk keluargaku." - Hadis
Pastikan  perkahwinan kita membahagiakan sejuta hati. Memuaskan sejuta jiwa.  Menghidupkan sejuta roh dan menyelamatkan sejuta ummah.
Mulailah  dari diri kita. Dari rumah kita. Dari Isteri dan anak-anak kita. Dari  masyarakat kita. Dari negeri kita. Dari negara kita. Moga payung  khilafah akan menaungi kita kelak.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri." - Al-Quran


http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/memikat-hati-si-dia.html

Bila Kasih Diberi, Mengapa Dikhianati?

Saya berbual dengan seorang sahabat tentang kasih sayang. Juga tentang bagaimana menghargai kasih sayang yang dikurniakan. Sebelum saya huraikan hasil perbualan kami, saya ingin menyoal anda dengan pertanyaan saya ini.



Kamu fikir, siapakah sebenarnya yang paling sayang kepada kamu?
Mungkin ada yang menjawab ibu, pasangan hidup, sahabat karib, dan lain-lain. Mungkin. Tetapi, jika ada yang memberikan jawapannya adalah Allah, ketahuilah bahawa jawapan kamu itu bersamaan dengan jawapan saya.
Ya, yang paling sayang kepada kita ialah Dia. Pencipta kita. Pembuat kita. Allah.
Bayangkan, kita sebagai manusia yang lemah ini pun akan sayang kepada sesuatu yag dihasilkan dengan titik peluh kita sendiri, bagaimana pula dengan Dia yang mengakui secara jelas bahawa Dialah Yang Maha Penyayang.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
]Perasaan Sayang Yang Makhluk Miliki Adalah Kurniaan Allah
Kita biasa melihat betapa sayangnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Juga perasaan sayang seorang iteri kepada suaminya. Namun, biasakah kita melihat bahawa perasaan sayang mereka ini, Allahlah yang mengurniakannya kepada mereka.
Berkenaan perkara ini, sahabat nabi, Abu Hurairah R.A. ada  meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya,
"Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayangNya terbagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor ibu binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya."[riwayat Imam Muslim]
Bayangkan, betapa banyaknya kasih dan sayang yang Allah miliki. Maka betapa besarnya pula kasih sayang Allah kepada manusia kerana manusialah makhluk yag paling dikasihiNya.
Pernah suatu hari Sayyidina Umar datang menghadap Rasulullah s.a.w. dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu jika ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api?" Para sahabat menjawab: "Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya."


Begitu sekali kasihnya Allah kepada hambaNya. Tidakkah kita patut berfikir untuk menghargainya?
Menghargai Kasih Sayang Allah
Kita ini, bila kita tahu ibu bapa sayang kepada kita, kita jadi tak tergamak untuk lukakan hati mereka. Tak sampai hati hendak buat perkara yang mereka tak suka kita buat. Tetapi, kita buat juga secara sembunyi.
Namun, Allah lain. Dia tak sama dengan orang yang kita sayang. Allah, bila Dia menyuruh kita berbuat sesuatu, atau melarang kita dari melakukan sesuatu yang lain, Dia sentiasa Melihat kita. Maka, di sinilah nilaian kepada sejauh mana kita menghargai kasih dan sayang yang Allah berikan.
Adakah kita tetap buat yang Allah larang?
Atau masih tak laksanakan perkara yang Dia suruh?
Sedangkan Dia tetap melihat apapun yang kita lakukan.
Tinggalkan Dosa Kerana Hutang Kasih
Kita selalu dengar ustaz-ustaz kita pesan supaya tinggalkan maksiat kerana setiap maksiat kita itu balasannya adalah neraka Allah. Neraka pula azabnya tidak terfikir oleh otak, tidak terucap pula oleh lidah. Betapa dahsyat.
Tapi masih ramai yang tidak tinggalkan maksiat.
Jadi, selain dari ancaman azab-azab yang sangat mengerikan itu, saya ingin mengajak kita kepada menghindar maksiat dengan menginsafi bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang kasih kepada Allah. Sangat banyak. Kasih Allah kepada kita bukan sekadar semasa kita hidup, bahkan sebelum kita hidup dan selepasnya.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" \[riwayat Imam Muslim].
Sahabat-sahabat, tergamaknya kita membalas kasih sayang Allah dengan kemungkaran. Hamba apakah kita ini?


http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/bila-kasih-diberi-mengapa-dikhianati.html

Kecurian - Apa Perlu Kita Lakukan?

Sebenarnya saya tidak mahu memperkatakan tentang ini, tetapi atas kerisauan saya yang maha dahsyat, saya tulis juga sebagai peringatan sesama kita.
Agak panjang, tetapi mohon luangkan sedikit masa ya. Terima kasih.
Jam 4 pagi tadi, rumah kami hampir dimasuki pencuri!
Alhamdulillah, dia tidak memasuki rumah kami, tetapi dia berjaya memasuki kereta Viva emak saya, mencuri Touch N' Go dan beberapa helai duit kertas.
Kehadiran pencuri itu disedari oleh kakak sulung saya, kerana si jahanam itu (eh maaf ya, emo sikit, haha!) berani pula menghulurkan tangan dengan lampu suluh.
Nasib baik kakak saya tersedar kerana lampu suluh pencuri itu terlanggar besi tingkap.
Kakak saya memang selalu membuka sedikit tingkapnya bagi aliran udara, dan kerana kucing-kucing kami selalu masuk melalui tingkap selepas seharian bercanda di luar, demi mengelakkan kejadian dahulu berulang lagi.
Oleh kerana kakak saya tersedar dan terkejut, dia sergah pencuri itu, dan terus pencuri itu menarik tangannya. Tetapi tidak kedengaran bunyi lari lintang-pukang. Kami syak dia sekadar tunduk sebelum bersembunyi.
Kakak saya yang cemas, keluar dan mengetuk bilik emak saya terjerit-jerit.
Tetapi tiada apa-apa lagi yang berlaku selepas itu, hinggalah semasa emak saya mahu pergi kerja dan menekan alarm, keretanya berbunyi seolah-olah pintu tidak tutup rapat.
Ada beberapa perkara pelik dengan kejadian ini, namun saya tidak mengharapkannya. Sekadar mengaitkan dengan kejadian yang menimpa orang lain.



Pencuri itu berjaya masuk ke laman rumah kami kerana pintu pagar tidak berkunci, memasuki kereta emak saya, tetapi dia tidak mencuri kereta.Sekadar Touch N' Go dan duit. Malah radio juga tidak dicuri.
Dia berani suluh ke dalam rumah kami dari luar dan tiada tanda-tanda dia kelam-kabut.
Selepas mengamati segala tindak-tanduknya, kami sebulat suara bersetuju yang pencuri lahanat itu (eh, maafkan sekali lagi kekasaran saya) adalah pencuri profesional.
Membawa lampu suluh, tidak cemas walaupun disergah, dan memasuki kereta emak saya tanpa sebarang bunyi.
Sangat licik dan berani! Dan kami rasa, dia baru sekadar ushar-ushar. Saya sangat tidak percaya kalau emak saya tidak kunci kereta, hanya kerana dia parkir di dalam.
Itu bukan cara kami, kerana kami bukan gated-community, pak guard pun macam tak ada faedah.
Kau angkat tangan, kau beri senyuman mesra sikit, dah boleh masuk. Lebih-lebih lagi selepas kejadian pahit ini.
Memang tidak mungkin langsung kami, lebih-lebih lagi emak saya, tidak kunci keretanya. Nampak sangat pencuri itu bijak membuka kereta tanpa perlu memecahkan tingkap ataupun mengumpil lubang kunci.
Entahlah, yang ini masih menjadi misteri. Mungkin juga emak saya akhirnya terlupa kunci kereta. Mungkin?
Tetapi ya, kejadian sebegini berlaku hanya kerana kita lalai seketika. Dalam banyak-banyak hari kita berjaga-jaga, tiba-tiba hanya kerana sekali kelalaian, kita terpaksa menanggung akibatnya.
Macam hal ini, selalunya kami kunci pagar, tidak kira keluar pada pukul berapa.
Tetapi hendak dijadikan cerita, adik bongsu saya keluar selepas maghrib, adik kedua saya pula baru balik dari kerja lebih kurang jam 9 malam, pagar itu tidak dikunci kerana menganggap adik bongsu saya belum balik.
Emak saya terjaga jam 12 tengah malam, lihat masih belum berkunci, tetapi beranggapan yang sama, iaitu adik bongsu saya belum balik.
Hanya kerana tanggapan masing-masing, dan kelalaian, rumah kami dimasuki pencuri buat kali kedua, walaupun sekadar di halaman rumah.


Isunya, pencuri itu sudah melepasi pagar. Itu langkah pertama berlakunya kecurian.
Maka di sini saya mahu kongsikan sedikit peringatan buat diri sendiri, dan kawan-kawan yang membaca.

01.Jangan lupa kunci pintu.
Pintu pagar, mungkin boleh dimaafkan sekiranya leceh asyik perlu dimangga, tetapi selepas jam 10 malam, mohon mangga. Pintu kayu yang ada tombol itu pula, mohon kunci 24 jam.
Tambah selak sekiranya perlu. Jangan sangka jam 10 pagi ke, 3 petang ke, 8 malam ke, pencuri tidak boleh masuk.
Adalah lebih parah apabila kita sedang syok-syok tonton TV sambil makan nasi, tiba-tiba masuk orang yang tak dikenali, sambil bawa pisau. Mahu tercekik nasi kau.

02.Jangan lupa tutup dan kunci tingkap.
Sekiranya untuk tujuan menganginkan bilik, hanya buka pada waktu siang, dan pastikan tingkap tidak boleh dimasuki manusia.
Dan tolong jangan buka tingkap yang berhampiran pintu. Orang jahat hulur tangan, pulas tombol, dah boleh masuk. Tak ada maknanya, Nab.

03.Jangan gantung kunci berhampiran tingkap ataupun pintu.
Ini memang cari nahas. Tidak kira kunci apa sekalipun. Kunci rumah apatah lagi. Kunci kereta sila simpan di bilik masing-masing.
Dulu kami gantung kunci betul-betul di sebelah sliding door, yang bersebelahan dengan pintu utama sebab lebih mudah bagi kami apabila mahu buka mangga pintu.
Tetapi memang lebih mudahlah untuk pencuri masuk senang-lenang.
Sekarang saya sudah alihkan tempat gantung kunci itu di tempat yang tidak dapat dicapai tangan. Harap pencuri tidak perlu gigih hulur kayu panjang beratus-ratus sentimeter.


Memang cacat otak kalau dia terfikir begitu. Melendut kot kayu kau!

04.Jangan letak apa-apa barang berharga di dalam kereta.
Touch N' Go adalah salah satu daripadanya. Ini kad debit, maknanya ada sejumlah wang di dalamnya.
Tak kisahlah kalau tinggal seringgit dua, tetapi kad itu sendiri ada harganya.
Dulu RM15, sekarang saya tidak tahu berapa.
Jangan kerana kad bernilai RM15 itu, pencuri berkeinginan untuk pecah kereta kita, seterusnya membolehkan dia curi benda lain, atau paling sakit, kereta kitalah kan?

05.Jangan jadikan keluar rumah lewat malam dan balik awal pagi sebagai habit.
Ini sudah banyak kali saya beritahu adik-adik saya, tetapi sekejap sahaja mereka dengar, kemudian mereka buat balik.
Ini bahaya kerana pada waktu begini, kebanyakan orang sedang tidur.
Apa yang menyebabkan ini lebih bahaya, mereka boleh pukul leher kau masa kau tengah sibuk-sibuk nak kunci pintu, sampai kau pengsan.
Peratusan jeritan mengaduh kau pada waktu ini didengari oleh orang lain adalah tipis.
Kalaupun dia pukul tidak sampai pengsan, mungkin dia belasah pula, dan hingga ke satu tahap, nyawa melayang.
Selepas kau dah 'diselesaikan', dia masuk dengan riang-ria cuti sekolah, curi barang-barang, dan mungkin nyawa ahli keluarga lain pula dalam bahaya. Astaghfirullah, harap dijauhkan.

06.Pasang lampu di luar, terang-seterang-terangnya.
Emak saya tidak suka idea ini, kerana bil elektrik melambung.


Malah emak saya kata, ini lebih membuatkan orang tahu apa yang ada di dalam kereta, dan apa yang ada di halaman rumah.
Tetapi bagi saya, apa sangatlah bil elektrik itu dibanding nyawa kita sendiri. Yang penting, kalau kita nampak ada orang memasuki halaman rumah kita, kita nampak macam mana wajahnya, dan bukan sekadar bayang-bayang.
Malah sekiranya jiran-jiran kita ada yang belum tidur, dapat melihat sesiapa yang sedang berlegar di halaman rumah kita.
Tetapi sekiranya semua langkah berjaga-jaga sudah dilakukan dengan jayanya, tetapi berlaku juga, saya ada peringatan lain bagi menghadapi situasi itu.

01.Sentiasa kunci bilik masing-masing, dan jangan buka bilik walaupun diketuk bertalu-talu, hingga orang yang mengetuk itu bersuara. Jadikan ini satu habit. Tidak kira waktu siang ataupun waktu malam.
Ketukan pertama, kita biarkan. Ketukan kedua, kita tanya, "Siapa?".
Kalau yang menyahut itu suara ahli keluarga kita, pastikan suara mereka tidak seperti ketakutan. Tanya lagi, "Mahu apa?".
Kalau yang mengetuk itu terus mengetuk tanpa menyahut, jangan buka pintu bilik. Jangan sekali-kali! terus sendal pintu dengan meja, almari atau apa-apa sahaja yang boleh.
Kemudian hubungi kenalan terdekat, supaya datang memantau. Jiran sebelah rumah lebih afdhal.
Hal ini, kalau kita mampu letak kanta untuk mengintai macam di bilik hotel itu, mengancam juga.

02.Apabila semua sudah sepakat untuk tidak buka pintu sekiranya yang mengetuk tidak menyahut, insya-Allah nyawa masing-masing akan selamat. Kalau bilik kita ada pintu lain yang menghubungkan kita dengan bilik ahli keluarga lain, masuk ikut pintu itu dan kejutkan semuanya.
Kumpul di dalam satu bilik, dan minta mereka sendal pintu bilik mereka dengan almari atau meja.


Kemudian telefon polis.
Bilik saya boleh dihubungkan dengan bilik adik pertama saya melalui beranda, dan bilik adik saya itu boleh dihubungkan dengan bilik adik bongsu saya melalui bilik air.
Sama halnya dengan bilik kakak dan emak saya. Mereka berkongsi bilik air.
Tetapi yang silapnya pagi tadi, kakak saya yang cemas sudah keluar bilik dan mengetuk pintu emak saya.
Ini sangat-sangat bahaya. Tiada siapa tahu berapa ramai yang datang, bimbang ada yang sudah di dalam rumah.
Lebih baik ketuk pintu bilik air dan duduk di dalam satu bilik.

03.Pastikan ada senjata di dalam bilik kita. Tidak kira senjata tajam mahupun tumpul, mohon letakkan berhampiran katil. Dulu ayah saya ada pedang dan parang, dia letak dicelah almari. Takut, kan?
Seorang ayah memang protective. Selepas ayah saya meninggal, pedang itu adik saya ambil dan simpan di dalam almari.
Cuma harap senjata seperti ini tidak disalahgunakan.
Paling tidak, sediakan kayu seperti kayu besbol ataupun pistol angin, atau pisau daging sekiranya perlu.
Garfu, harap tidak perlu susah-susah simpan. Pisau lebih baik. Jangan pisau sapu mentega ya.

04.Tolonglah simpan nombor-nombor penting seperti polis, bomba, jiran sebelah dan sesiapa sahaja yang dapat datang ke rumah kita pada waktu kecemasan.
Jangan sekadar ada nombornya, pastikan juga telefon sentiasa ada kredit.
Jangan asyik guna kredit untuk telefon buah hati, sayang oooooi.



05.Sekiranya telefon tiada berfaedah demi menyelamatkan diri, sendal pintu dengan almari dan mula menjerit di tingkap supaya jiran tetangga terdengar.
JERIT KUAT-KUAT, KATA ADA PENCURI DAN MINTA TOLONG! Jerit berulang kali hingga jiran menyalakan lampu dan keluar dari rumah.

06.Last but not least, Nyawa Adalah Lebih Penting Daripada Harta Benda. Biarkan sahaja mereka ambil apa yang mereka mahu, kerana barang-barang itu boleh diganti balik.
Harap maaf ya kerana sudah membebel-bebel. Saya benar-benar bimbang dengan kejadian ini.
Ini sudah kali kedua, dan kami masih bernasib baik kerana tiada kecurian bernilai besar dan tiada nyawa yang terancam.
Dan saya rasa masih ramai yang menganggap, mereka selamat apabila berada di dalam rumah sendiri.
Kita mungkin selamat di dalam, tetapi tidak bermaksud yang jahat-jahat itu tidak masuk.
Tolong jaga diri masing-masing ya. Dan tolong jangan anggap semua langkah keselamatan ini untuk menjaga diri sendiri sahaja.
Fikirkan ahli keluarga yang lain, dan saling mengingati. Kalau rasa-rasa malas nak kunci pintu, fikir setiap kemungkinan yang akan berlaku atas kemalasan kita.


http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/kecurian-apa-perlu-kita-lakukan.html

Rasulullah SAW Mandi Bersama Isteri

Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda  patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta  gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam  kehidupan suami isteri.
Insyallah mandi bersama-sama ini dapat  mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang  datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi  ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling  agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :
"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama  dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih  (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
Hadis ini  menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan  isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah  yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga  tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
Mandi yang  dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa  sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi  wajib.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan
"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan  sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia  disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh  meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi  itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi  bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama,  Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.


Selain itu,  sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai renda, dan  berseronok. Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi  bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan  berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang  berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya  kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).
Bahkan aktiviti  mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang  amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan  dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih  mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa  dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya.  Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).
Demikianlah hebatnya  cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya  amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika  Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi  bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika  perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk lencontohi amalan  Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.
Selain itu, anggapan  sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan  isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah  dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung  akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan  lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat  meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil  kegembiraan yang dirasai oleh isteri.
Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak  isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri  akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua  keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri  melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan  ini.
Bagi  isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk  mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak  ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah  amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya  sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini  dibukukan dalam kitab-kitab hadis.
Demikianlah pedoman berumahtangga yang  dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.  Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan  mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga  kita semua dirahmati Allah SWT.




http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/rasulullah-saw-mandi-bersama-isteri.html

Bunga Yang Cantik Jarang Harum

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab  dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan  kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi,  cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?



Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu  Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh,  Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza.  Jadi, ingat  itu... setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?  Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui  pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah,  pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada  pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak  pada  hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan  sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain  penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri  untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita  mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi  penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.
Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah  itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat  sementara.  Apabila usia meningkat,  kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik  lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran  kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan  penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat  dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang  dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi  utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah  kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung  tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu  yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah  akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya,  kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk,  pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran.  Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan  budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang  jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur  itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap  tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye  of beholder'.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan  adalah wanita yang solehah.


 Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga,  perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah,  anak-anaknya tentu  mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para  isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan  keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik,  tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah...  mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya?  Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula  merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya,  wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak  disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri.  Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda  manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang,  bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang  lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan  kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang  lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di  sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara,  rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang  salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga  yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula,  inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi  seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu  bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama,  tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu  yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih  sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan  perbuatan  yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang  baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan  Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah  akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik  sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa,  jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan  untuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang  rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta  wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik"  tetap serupa!


http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/bunga-yang-cantik-jarang-harum.html 

Cinta Seorang Ayah

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.
Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....
Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....
Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!
Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?
Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.
Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?
Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?
Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.


Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?
Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!
Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?
Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.
Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.
Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.
Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.
Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.




http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/cinta-seorang-ayah.html

Persembahan Cinta Dariku !

Tulisan ini bermula dari rasa gembiraku ketika seorang muridku di kelas yang biasa kupanggil adek mulai bersemangat memakai kaus kaki dan jilbab dirumah untuk menutupi auratnya, bukan hanya dipakai disekolah saja, sebagaimana halnya rasa gembira ketika dulu dia bercerita tentang jilbab yang tebal dan juga tentang memakai rok.
“Mmm… yang dulu suka panjat tali sekarang mulai suka sama rok…”
Semoga niatan ini bukan api yang membara di awal lalu kemudian padam. Semoga dengan tekad yanf kuat dan kesungguhan, Allah memudahkan untuk istiqomah dan terus memperbaiki diri.
Saudariku,..
Sungguh nikmat yang besar, Allah telah menjadikan kita bersaudara di atas ikatan iman.
Semoga Allah menjadikan kita sebagai saudara yang saling menyayangi di atas ikatan tersebut.
Saudara yang menghendaki kebaikan satu sama lainnya.
Saudara yang tidak menginginkan ada keburukan pada satu sama lainnya.
Bersama rasa cintaku aku membuat tulisan ini…
Semoga Allah mendatangkan manfaat, menjadikannya bekal untuk dunia dan simpanan untuk akhirat.


Amin...
Saudariku...
Allah Subhanahu wa Ta’ala,
Robb yang telah menciptakan kita dari setetes mani,
Robb yang juga telah menciptakan ibu kita, bapak kita, dan orang-orang yang kita sayangi,
Robb yang telah memberi rizki pada kita sampai kita sebesar ini,
Robb yang telah memberi hidayah Islam -sebuah nikmat yang sangat besar yang tidak ada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini…
Robb yang telah memberi kita banyak sekali nikmat,
Robb yang telah menjanjikan surga bagi hamba-Nya yang taat,
Robb yang juga telah mengancam dengan neraka bagi yang enggan untuk taat,
Robb yang janji-Nya haq, yang tidak pernah menyalahi janji,
Sesungguhnya Dia,Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mensyariatkan kepada para muslimah untuk menutup tubuh mereka dengan jilbab.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam Surat Al-Ahzab ayat 59 yang artinya,
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda yang artinya,
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakekatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat punuk unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk.”
Di dalam hadis lain terdapat tambahan:



“Mereka tidak akan masuk surga dan juga tidak akan memperoleh baunya, padahal baunya surga itu dapat dicium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian.” (riwayat Abu Hurairah)
Saudariku,
Masih akrab dalam pandangan kita, saudari-saudari kita keluar rumah dengan membuka auratnya. Beberapa diantaranya sangat “memperhatikan” penampilannya. Mulai dari merk baju yang berkelas, model yang up to date,Bahkan diantaranya kita lihat baju yang sempit dan serba pendek, celana yang juga serba pas-pasan, rambut direbounding, alis yang dikerok “dirapikan” ( sungguh Allah melaknat hal ini ), lipstik tipis warna pink, minyak wangi yang mmmm…*mungkin karena belum tahu*
 atau mungkin sekedar untuk bisa percaya diri ketika keluar rumah dan berhadapan dengan orang-orang?
Memang banyak yang akan melihat “WAH” pada wanita yang berpenampilan seperti ini sehingga menyebabkan beberapa di antara kita tertipu dan bahkan berlomba untuk menjadi yang “terhebat” dalam masalah ini.
Tetapi saudariku,
Saya ingin mengajak kita untuk menjadi seorang muslimah yang sejati!
Tidak perlu kita tiru mereka yang berbangga diri dengan apa yang mereka pamerkan dari tubuh dan kecantikan mereka.
Tidak perlu kita tiru mereka yang berbangga diri dengan merk yang ada pada baju-baju mereka.
Sungguh! Kain sepuluh ribu per meter dari Pasar Bering Harjo lebih mulia jika kita memakainya dalam rangka ketaatan pada Allah,
Robb yang telah menciptakan kita,
Robb yang telah mensyariatkan jilbab untuk kita.
Duhai…
Pakaian mana yang lebih mulia dari pakaian ketaqwaan?
Adalah nikmat yang besar ketika kita masuk Islam.



Seseorang dinilai bukan lagi dari merk apa yang tertempel di bajunya, atau dari seberapa mancung hidungnya, seberapa cantik wajahnya, seberapa elok parasnya, seberapa anggun bersoleknya.
Tapi seseorang dinilai dari apa yang ada dalam hatinya, apa yang diucap oleh lisannya, dan apa yang diperbuat oleh badannya.
Ya...!
Seseorang dinilai dari ketaqwaannya.
Jadi tidak perlu lagi kita bersibuk-sibuk untuk pamerkan kebolehan tubuh dan kecantikan.
Saudariku,
Tidakkah kita melihat jajanan yang ada di emperan?
Terbungkus dengan ala kadarnya,
semua orang bisa menjamahnya,
atau bahkan mencicipinya.
Bahkan seringkali yang mencicipi adalah orang iseng yang tidak benar-benar bermaksud untuk membeli. Setelah mencicipinya, dia letakkan kembali kemudian dia tinggal pergi.
Bukan hanya orang iseng, bahkan lalat-lalat pun mengerumuninya.
Berbeda dengan makanan berkualitas yang terbungkus rapi dan tersegel.
Terjaga dan tidak tersentuh tangan-tangan iseng.
Di antara keduanya, kita lebih memilih yang mana?
Tentu yang kedua.
Jika untuk makanan saja demikian, maka lebih-lebih lagi kita memilih untuk diri kita sendiri.
Saudariku,..
Demikian juga keadaannya seorang lelaki yang baik-baik.


Dia akan memilih wanita yang menjaga kehormatannya,
yang kecantikannya tidak dia pamerkan.
Tidak dia biarkan dinikmati oleh banyak orang.
Yang demikian adalah karena wanita yang menjaga auratnya lebih mulia dari pada wanita yang memamerkan auratnya.
Wahai saudariku,
Bahkan lelaki yang sholeh berlindung pada Allah dari godaan kita.
Diri kita ini (wanita) adalah godaan yang besar bagi lelaki.
Pada umumnya lelaki itu lemah terhadap godaan wanita.
Maka sebagai wanita, jangan malah kita menggodanya!
Tetapi kita bantu mereka untuk bisa menjaga pandangan dan menjauh dari maksiat.
Sukakah kita jika kita menjadi sebab pemuda-pemuda tergelincir dalam kemaksiatan?
Menjadi penyebar fitnah dan perusak generasi?
Saudariku yang aku cintai,
Berat hati ini melihat hal seperti ini terjadi pada saudari kita…
Allah telah memuliakan kita dengan mensyari’atkan jilbab untuk kita, namun kenapa malah menghinakan diri dengan membiarkan aurat terbuka? Secara tidak langsung, ini berarti membiarkan diri menjadi objek pemuas syahwat yang bisa dinikmati sembarang orang.
Allah telah memuliakan kita dengan mensyariatkan jilbab untuk kita, namun kenapa malah menghinakan diri dengan keluar dari ketaatan...??????????


http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/persembahan-cinta-dariku.html