Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
**RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS
HIJJAZ"***
"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi
riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi
malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi
dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi
istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi
mahabbah
Itulah dia Cinta.."
"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan
kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada
keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan
terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu
tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai
kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai
terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan
percintaan.."
**DIPETIK DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH
(1)"***
Melayari kehidupan dunia bagaikan melayari ombak yg
sentiasa tidak tenang, dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi.
Hanya DIA yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini.
Terutama apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa
cinta fitrah yg diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini,
sama ada yg bakal dialami atau sedang
dialami oleh sesiapa sahaja, terutama golongan remaja.
Pelbagai ragam disaksikan oleh seluruh dunia, akibat
penangan cinta yg diibaratkan api menyala-nyala, yg mana lagi disimbah, lagi
marak ia menyala. Sehubungan itu, utk
memadamkannya terus pasti sesuatu yg mustahil utk dilakukan.
Namun, jika ini fitrah dariNYA, maka yg pasti DIA
tidak akan menzalimi hambaNYA, dan sudah pasti tersedia satu panduan pengawalan
kepada fitrah ini.
Sebagaimana diketahui, nyalaan api memang
membahayakan jika dibiarkan, namun jika dikawal dan diekploitasi dgn baik, berbahaya
akan bertukar menjadi bermanfaat, seperti utk dijadikan bara memanaskan badan,
atau untuk dijadikan tempat memanggang.
Apakah panduan yg DIA sediakan itu? Jawapannya
adalah sunnah Rasulullah SAW yg amat menggalakkan perkahwinan. Kerana hanya kahwin dapat membendung fitrah
ini, cinta yg halal disebabkan satu ikatan suci.
Dalam mencari keredaanNYA, perjalanan utk
mendapatkan cinta yg halal itu perlu diambil perhatian sebenar-benarnya agar
tidak terpesong dek desakan dan hasutan Iblis dan konco-konconya dalam
memperindahkan maksiat kpd Al-Khaliq SWT.
Oleh itu, di sini diberikan satu garis panduan dalam
mendapat keredhaannya dalam menelusuri medan pencarian cinta yg halal, dengan
berpandukan Ayat 235, Surah Al-Baqarah:
وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ
خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ
وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ
تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ
أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ
غَفُورٌ حَلِيمٌ
"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang
wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan
mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan
menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin
dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka)
perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk
beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah
mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah
bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."
Walaupun ayat ini, diturunkan bagi penerangan cara
melamar dan mengahwini wanita yg masih dalam iddah (dari penceraian hidup atau
mati), namun caranya masih boleh dipraktikkan dalam pencarian cinta halal yg
diredhaiNYA sentiasa.
Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut
dinyatakan langkah yg perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan
cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia
(perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:
(1)
Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik
(tersirat) yg baik-baik
(2)
Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di
kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.
(3) Dilarang
sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yg tidak
sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta,
seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin dgn mu),
tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran
yg baik, saya tertarik/minat dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan
pengetahuan wali/keluarga.
Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT
sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan
dengan pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yangg pasti, tiadalah
penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan dariNYA.
Dinasihatkan dalam sebuah athar :
ما خاب من استخار ولا ندم من استشار
Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah (
meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat,
At-Tabrani, 6/365)
Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW
tunjukkan, dan dengan doa lengkap baginda ajarkan khas utk ummatnya, maka
InsyaAllah di sana akan ada petunjuk terbaik.
Memadailah kita berusaha dengan strategi dan
perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik utk kita, kerana "Ada
hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia
utk memikirkannya.."
Tentang jawapan atau petunjuk Istikharah, tidak
menjadi kemestian melalui mimpi atau sebarang petunjuk tertentu, dan
kadang-kadang/kebanyakan petunjuk mimpi bukanlah petunjuk yg paling tepat
kerana kita bukanlah seseorg yg bersih hatinya, dan kemungkinan mimpi kita
telah diganggu oleh Syaitan untuk memayahkan kita dengan jawapan itu.
Justeru, apa yang dianjurkan adalah istikharah
diteruskan sehingga ikatan pertalian telah selesai dilaksanakan, dan jawapan
sebenar kepada istikharah adalah kelancaran perhubungan kita dengan si dia,
tanpa ada sebarang halangan di tengah-tengah jalan.
Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yg bakal kita
dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.
(1) Jika
diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah.
Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA. Hikmahnya adalah TIADA RUGI..
(2) Jika
negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.
(3) Jika
lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.
Wallahu'alam..
Kesalahan yg biasa dilakukan oleh dua pasangan dalam
istikharah, di sini ditegur dan disyorkan penyelesaian seikhlasnya utk
kedua-dua, sama ada lelaki atau perempuan:
(1) Sekiranya
hasil istikharah menunjukkan ketidakselesaan (dan dia merasakan ini jawapan)
pada hati kepada salah seorg, maka dinasihatkan memberitahu kpd pasangan dengan
sebaik mungkin, dan diberhentikan..dalam masa yg sama istikharah diteruskan.
(2) Jika
didapati jawapan adalah positif, maka digalakkan disegerakan perkahwinan
berserta diteruskan lagi istikharah, agar tiada masalah di sepanjang
pelaksanaan.
(3) Jika
belum mendapat apa-apa kepastian jawapan, maka digalakkan meneruskan istikharah
dengan lebih istiqamah.
Adalah menjadi kesalahan dan satu kesilapan besar
apabila masing-masing membuat istikharah dan mendapat jawapan, tetapi
menyatakan "Saya sudah melaksanakan istikharah, dan jawapannya tidak boleh
diberitahu (dirahsiakan), cukuplah saya dan Allah sahaja yg mengetahuinya".
Kenapa kenyataan ini salah, walaupun seolah-olah
jika kita perhatikan mempunyai unsur-unsur pergantungan yg tinggi kepada Allah?
Betul! pergantungan kepadaNYA begitu tinggi (hablun
minallah memang hebat), tetapi ke mana pergi hablun minan nas. Tidakkah dengan
jawapan "gantung tidak bertali" ini akan menyebabkan pihak yg sedang
menunggu jawapan, tertunggu-tunggu. Dan
ternanti-nanti, malah menyebabkan fikiran pihak itu terganggu dalam segala
urusan, hati pihak itu juga tidak akan tenang.
Alangkah baiknya, jika berterus terang.
قل الحق ولو كان مرا
(Katakanlah benar walaupun pahit), kata-kata Hikmah
ini memadai utk menjawab segala-galanya, kerana dengan berterus-terang dan
jujur, banyaknya kebaikan dan manfaat untuk semua.
Cukup mudah disebut, tapi agak susah dilaksanakan..BERTERUS
TERANG dan JUJUR..
Seterusnya, dinasihatkan kepada yang sedang
mengalami masalah ketidakstabilan emosi dalam menghadapi gelombang cinta
ini. Tiada cinta yg sebenarnya kecuali
hanya selepas dihalalkan dengan ikatan pernikahan, dan untuk ke arah itu, persediaan
mental dan fikizal amat penting.
Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan
kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan,
bukan sekadar mahu melayan mengikut tuntutan nafsu muda semata-mata.
Jika perancangan belum pernah terlintas atau
perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus
deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan.
Sekali kita hanyut, selamanya kita akan menyesal,
kerana dibimbangi KAFFARAH (penghapusan) dosa akan diterima apabila kita
berkahwin kelak. Memang alunannya
mengasyikkan sebelum kahwin, tetapi apabila setelah kahwin, alunan ini akan
bertukar menjadi sumbang dan menyakitkan telinga.
Kerana perc`yalah, modus operandi Iblis dan
konco-konconya hanyalah mencantikkan serta memperindahkan maksiat, dan menghodohkan
serta memburukkan ibadah.
Akhirnya, nasihat ringkas untuk semua yg terlibat
dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIKHARAH pada hari ini, bukan dengan
menetapkan "nama si dia" tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA
"[B]jodoh terbaik untukku[/B]"..agar hasil istikharah kita yg
berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.
Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut
ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia,
jangan sesekali bermain "api".
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses
mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan
yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu dirangkaikan dengan
keredhaannya semata-mata.
Satu analogi utk seseorg yg bersedia ke arah cinta
halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nakhoda, apa yang penting pada
mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya
mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera
tersebut. Seterusnya, nakhoda juga perlu
menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal
yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera
seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua. Yang pasti setiap bahtera berlainan nakhoda
dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh,
dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini.."
"jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali
menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit dan masih belum
tetap pendirian serta keyakinan, jangan sekali mencuba utk memasuki alam
perkahwinan yg menanti dgn 1001 warna kehidupan.."
Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL & TAQWA
itulah kunci segala-galanya..
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني
الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang
yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU,
dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..