Mengenai Saya

Foto saya
Pangandaran, West Java, Indonesia
Simple

Senin, 26 Maret 2012

Membari Teguran Di Depan Orang Lain

Di antara bukti ketulusan cinta, etika dan hak ukhuwah adalah memberi nasihat kepada saudaramu apabila ia melakukan kemungkaran, maksiat atau kesalahan, dengan tujuan agar kembali kepada kebenaran sekaligus terhindar dari ancaman kemurkaan dan siksa AllahSubhanahu wa Ta'ala. Namun demikian, nasihat tidak boleh dilakukan secara terbuka di tengah tengah keramaian manusia, kecuali jika ada alasan yang mendesak, kerana semua orang sepakat bahawa nasihat di tengah keramaian sangat tidak disukai, semua orang tidak suka jika keburukan keburukannya dibuka di depan umum. Lebih dari itu, menasihati atau menyebut kesalahan seseorang di muka umum merupakan penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanambibit-bibit permusuhan, kerana merasa dicemarkan dan dihina, juga dapat menimbulkan sifatkeras kepala dan nafsu untuk membalas dendam.



Hal ini diungkapkan oleh Imam Syafi'i dalam puisinya:

      nasihatilah diriku di kala aku sendiri
      jangan kaunasihati aku di tengah keramaian
      kerana nasihat di muka umum adalah bagian dari penghinaan yang tak suka
      aku mendengarnya
      jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku
      maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu
       ( Diwan asy-Syafi'i, hlm. 90.)
Lain halnya ketika seseorang dikritik dan dinasihati dalam keadaan menyendiri, ia akan lebih menerima, mampu mema-hami permasalahan dengan jelas, dan tertarik kepadamu. Kerana Anda telah memberi suatu pertolongan, bahkan layanan dalam bentuk nasihat dan koreksi atas kesalahan yang dilakukannya.
Beberapa orang ingin melihat hasil dari usahanya secepat kilat, sehingga berharap agarorang yang dinasihatinya mahu berubah seketika. Jika tidak demikian, ia beranggapan bahawanasihatnya telah gagal, atau terus berupaya menekan orang yang dinasihati, sehingga lebih miripperdebatan. Kerana ia beranggapan bahawa orang yang dinasihati itu tidak mengerti nasihat yangdiberikannya, atau belum menerima nasihat itu.
Seorang pemberi nasihat yang memiliki penilaian seperti itu adalah salah. Kerana sudah menjadi tabiat umum manusia, mereka enggan mengakui kesalahan secara langsung, melainkan memerlukan banyak waktu untuk berpikir, atau mencari kesempatan untuk kembali.
Jika anda sedang menasihati seorang sahabat, maka jangan mengejek kesalahannya,kerana mengejek suatu perbuatan dosa yang telah dilakukan, sama sekali bukan nasihat,melainkan suatu perbuatan hina dan merupakan perilaku orang yang tidak takut terjerumus dalam su'ul-khatimahi (keburukan pada akhir masa hidup). Perilaku ini dapat berakibat buruk bagi pelakunya. Sebuah pepatah klasik mengatakan: "Siapa menghina saudaranya kerana berbuatdosa, ia tidak akan mati kecuali setelah terjebak di dalam dosa yang sama.


http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/membari-teguran-di-depan-orang-lain.html