Mengenai Saya

Foto saya
Pangandaran, West Java, Indonesia
Simple

Minggu, 08 Juli 2012

ANEKDOT BAGI PARA LELAKI

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa yang kurang di Surga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu untuk meluruskan mereka.

Tidak logis kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, karena mereka dicipta begitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN COBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.

JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah, karana dari situlah nanti mereka akan nampak nilai dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan.

Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Karana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang akan membengkokkannya.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIRUSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG
DIRUSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOHNYA PEREMPUAN PUN DAPAT MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAINYA LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.

Kini bukan saja ramai seorang Owner telah kehilangan secretaris,
bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapak akan kehilangan puteri.

Bila wanita durhaka, dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.

Jinakkan diri dengan Allah, niscaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
SEMOGA TIDAK MNJADI DISKRIMINATIF BAGI PARA IKHWAN.






http://romdani45498.blogspot.com/2011/03/anekdot-bagi-para-lelaki.html