Adam..
Kau bilang dirimu
hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti
Badang,
Kau gunakan Hawa
sebagai umpan,
Untuk membuktikan
kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa..
Kau bangga dengan
kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi
Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis
saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan
benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam..
Kadangkala kekacakan
yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa
lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah
luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah
pula jatuh hati.
Hawa..
Iblis menggunakanmu
sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan
ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam
dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh
Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam..
Kata-kata manis
nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,
Senyum nakalmu
membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam
berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu
menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa..
Sikap tak endahmu
menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil
peluang untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu
membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut
dengan dunia cinta palsu.
Adam..
Kau bilang akalmu
sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu
untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu
itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara
sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa..
Lenggok tubuhmu bisa
membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa
mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah
pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu
supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam..
Bersikap tegaslah
dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan
sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus terus
berjuang menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak
terus-terusan menular.
Adam..
Di mana imanmu saat
matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?
Di mana kau letakkan
Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?
Hawa meminta agar kau
bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,
Agar Hawa takut untuk
menggoda dan mendekatimu.
Begitu juga Hawa..
Di mana malumu saat kau
menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?
Di mana taqwamu saat
syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?
Adam menyeru agar kau
pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,
Agar kawalan nafsu
sentiasa berada dalam pegangan iman Adam.
Hawa..
Mahalkanlah senyummu
yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan
peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi
nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci
terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.
Hawa..
Memang Adam mudah cair
dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah
yang Adam impikan,
Adam mengimpikan Hawa
yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan
Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang
berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi
mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan
teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang
menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri.
Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam
solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang
tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati.
Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari
sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan
ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk
suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan
isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami
oleh kaum Adam.
http://romdani45498.blogspot.com/2011/03/adam-dan-hawa.html