Kisah ini berlaku di sebuah negara
yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang
lelaki bernama Manan datang ke sebuah
kedai gunting rambut untuk memotong
rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya
menjadi semakin hangat. Pelbagai topik
dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.
"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik
katakan tadi," tanya si tukang gunting.
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu
berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk
ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya,
jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang
yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit
dan tentu juga tidak akan berlaku
penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting
dengan nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun,
ia sama sekali tidak memberi respon atau
jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.
Setelah tukang gunting itu selesai melakukan
pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan
seorang lelaki berambut sangat panjang
serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke
kedai gunting rambut dan itu membuatkannya
kelihatan tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai
dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini
sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan
itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak
ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan
saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.
"Tidak, mereka tidak ada. kalau
mereka ada, tidak mungkin ada orang yang
berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan
tegas sambil mengarahkan pandangannya
kepada lelaki berambut panjang di luar
sana."
"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu
adalah kerana dia tidak mahu berusaha
datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang
sambil tersenyum.
"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi
pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan
datang mencari dan meminta pertolongan
dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan.
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam
membisu tidak terkata.
- Tamat
Dari cerita di atas ini, dapat kita
simpulkan bahawa kadang-kadang mungkin kita
pernah lupa akan ALLAH, TETAPI ALLAH tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita
mengingatiNYA sedangkan apabila kita
hidup senang dan sihat, kadang-kadang kita lupa akan kewujudan-Nya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah
kita memujiNYA pada setiap hari? Dan
berapa banyak kalikah kita memuji diri kita sendiri setiap hari?
http://romdani45498.blogspot.com/2010/12/kisah-tukang-gunting-rambut.html